Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Monday, 2 February 2015

Gambar & Punca Gadis Uitm dikelar

14 comments :
Lapor Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UiTM Pulau Pinang yang maut dikelar dalam kereta Proton Perdana dipercayai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayai teman lelakinya.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki (suspek) kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke bahu jalan.



Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya lagi, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata, “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.

Polis tidak menolak punca sebenar kejadian ini adalah masalah percintaan. Bagaimanapun, lapor Berita Harian,  ahli keluarga NurSyuhada menafikan perkara itu walaupun tahu NurSyuhada mengenali suspek berkenaan.

Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

14 comments :

  1. Bdoh pnya laki smpai bnuh pmpuan nie bt ap..bt ap nk pksa owg cnta n syg ko klo owg dh xnk..xgne pnye jntan..hram jdah mrosakkn agama bgsa je..mati lg bgoslh klo jntan cmnie..klo ad 10 jntan cmnie aq rse xtaw ap akn trjd at malaysia nie..rmai lg pmpuan yg cntik at dnia nie..

    ReplyDelete
  2. Salah mmg la salah lelaki tu... Punca pun mungkin sbb perempuan tu... Ape pun.... Sebagai mesej..jgnlah kita curang dalam percintaan.. Takut anda juga akan mengalami nasib sama dgn perempuan kena kelar tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ko je kata dia curang

      Delete
    2. Mgkin laki tu ad wt salah then ppn tu niat nk tggalkn dy

      Delete
  3. Bg conan jela menyiasat kes ini...

    ReplyDelete
  4. Sebelum komen siasat dulu...curang la plk...ni kes cinta xbrbalas ler...org dah xnk...sudahla...bunga bkn sekuntum...

    ReplyDelete
  5. mari kite sedekahkan AL-FATIHAH dan doakan arwah dicucuri rahmat...bkn bergaduh kt cni...nt mcm mne plak perasaan keluarga mangsa jika terbaca komen2 kt cni..sorry mencelah

    ReplyDelete
  6. Salam..kome taw ke apa yg jadi sebenarnya..kalau x tae jgn menambah menambah.. K.. Al Fatihah pada arwah.. Semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman.. Amin..

    ReplyDelete
  7. assalmualaikum smua....kita tdak perlu buruk sangka baik sedekah al fatiha pada arwah.........cuma peringatan pada wanita jaga la tutur kata,hormati org,dan suka mnyakiti hati ......kita tdak mahu perkara gini berulang pada mana2 wanita

    ReplyDelete
  8. cepat2 laksanakan hudud...nnt makin byk kes pelik2 terjadi

    ReplyDelete