Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts
Tuesday, 3 February 2015
Saya Juga Pernah Membuat Laporan Polis Empat Tahun Lalu - Bapa Nursyuhada
JITRA – Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.
Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.
Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.
“Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.
“Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,” katanya kepada pemberita.
Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.
Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya.
Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.
Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.
“Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.
“Isteri saya cuba menghubungi anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,” kata Johari.
Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada.
Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.
Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.
Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi. -BERNAMA

Monday, 2 February 2015
Kes Gadis Uitm Dikelar Tukang Masak Direman 7 Hari
TAIPING – Seorang tukang masak yang disyaki mengelar seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga mati di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.
Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemuda yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mangsa Norsyuhada Johari, 19, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira jam 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.
- BHarian Online

Diculik Terlebih Dahulu Sebelum Suspek Membunuhnya - Keluarga
Pelajar Ipta yang maut dikelar didakwa diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya. Salah seorang ahli keluarga dan rakan Nur Syuhada menghubungi ibunya memaklumkan mangsa dilarikan lelaki berusia 25 tahun
ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunuskan pisau kepada mangsa serta memaksa mengikutnya kira - kira 11.00 pagi
“rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek katanya,” ketika ditemui di unit Foreksik Hospita kuala kangsar, semalam
katanya mangsa dipercayai mengikut suspek kerana mengenali lelaki itu apatah lagi diugut dengan pisau
sebaik rakan mangsa menghubungi ibu Nur Syuhada ahli keluarga kemudian mencari mangsa dan menghubungu telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab
keluarga mengetahui kejadian itu apabila bapanya menghubungi bapa suspek. bapa suspek memberitahu suspek suspek kelar mangsa, sebelum meraka pergi ke balai polis untuk pengesahan katanya
katanya pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu mengenali suspek tetapi bukan pesangan kekakasih

Gambar & Punca Gadis Uitm dikelar
Lapor Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UiTM Pulau Pinang yang maut dikelar dalam kereta Proton Perdana dipercayai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayai teman lelakinya.
Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki (suspek) kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke bahu jalan.
Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,
Katanya lagi, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.
Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata, “Dia belum mampus ke?,” katanya.
Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.
Polis tidak menolak punca sebenar kejadian ini adalah masalah percintaan. Bagaimanapun, lapor Berita Harian, ahli keluarga NurSyuhada menafikan perkara itu walaupun tahu NurSyuhada mengenali suspek berkenaan.
Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki (suspek) kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke bahu jalan.
Katanya lagi, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.
Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata, “Dia belum mampus ke?,” katanya.
Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.
Polis tidak menolak punca sebenar kejadian ini adalah masalah percintaan. Bagaimanapun, lapor Berita Harian, ahli keluarga NurSyuhada menafikan perkara itu walaupun tahu NurSyuhada mengenali suspek berkenaan.
Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Boikot Perniaga Cina : Polis Akan Panggil Ismail Sabri
Kuala Lumpur – Polis akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi merakamkan kenyataannya berhubung dakwaan meminta supaya pengguna memboikot perniagaan kaum Cina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tulisan di akaun Twitternya @KBAB51 pada Isnin berkata: @PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) untuk kita rakam percakapannya dalam Isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati.”
Ismail Sabri didakwa mengeluarkan kenyataan pada Ahad menyarankan pengguna supaya menggunakan kuasa sebagai pembeli untuk memboikot perniagaan kaum Cina yang enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, walaupun harga minyak di pasaran semakin rendah.
Paparan skrin status yang dimuat naik di Facebook milik Ismail Sabri/
Sambil menyifatkan masyarakat Melayu sebagai pengguna majoriti, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berpendapat, kuasa yang ada itu seharusnya digunakan untuk memberi tekanan kepada peniaga Cina terbabit.
“Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah…kuasa yang terbesar ada pada pengguna.
“Majoriti pengguna adalah Melayu…Cina adalah minoriti. Kalau Melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga,” katanya menerusi posting di laman Facebook yang dimuat naik pada Ahad.
Saranan itu dilihat berkaitan dengan pengumuman harga baharu petrol RON95 yang kini RM1.70 seliter iaitu penurunan sebanyak 21 sen, manakala RON97 berharga RM2 seliter selepas berlakunya penurunan sebanyak 11 sen. – mStar

Sunday, 1 February 2015
Lelaki Dikejar dalam Keadaan Separuh B0gel Di Khalayak Ramai kerana Berz1na dengan Isteri Orang
SEGAMAT: Bandar Segamat orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh b0gel dengan hanya berseluar pendek telah berlari di khalayak orang ramai lalu sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki yang membawa paip besi.
Lelaki tersebut telah pergi ke arah sebuah teksi yang sedang parkir sebelum masuk ke dalam kenderaan tersebut dan menguncinya dari dalam.
Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.
Mereka kemudian ternampak seorang lelaki sedang melarikan diri dengan hanya berseluar pendek sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki lain.
Apabila tiba di hentian teksi lelaki yg berseluar pendek itu telah masuk ke dalam teksi dan menguncinya dari dalam.
“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.
“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya.

Afdlin Shauki mempersoalkan Gelaran 'Datuk' Kepada Jackie Chan
SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Afdlin Shauki hari ini mempersoalkan kelayakan Jackie Chan susulan penerimaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa itu, hari ini.
Ini kerana Afdlin berkata, adalah lebih baik jika gelaran itu diberikan kepada rakyat Malaysia yang bertungkus lumus serta bergadai nyawa semasa banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini.
Menurut Afdlin, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.
“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.
Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.
“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.
Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.
Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Antarapos.
sumber mynewshub.cc
Ini kerana Afdlin berkata, adalah lebih baik jika gelaran itu diberikan kepada rakyat Malaysia yang bertungkus lumus serta bergadai nyawa semasa banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini.
Menurut Afdlin, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.
“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.
“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.
Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.
Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Antarapos.
sumber mynewshub.cc
Anak Jelas Keadaan Sebenar Setelah Gambar Jins Shamsuddin Kurus Tersebar
Kuala Lumpur – “Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu.”
Itu kata anak seniman Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat mengenai keadaan kesihatan bapanya yang kini menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan penyebaran foto terbaru bekas senator itu.
Beberapa laman blog melaporkan keadaan bapanya kelihatan semakin uzur berdasarkan foto yang didakwa diambil daripada laman sosial.
Menurut Putera Hang Jebat, bapanya yang berusia 80 tahun tidak ada penyakit lain selain Alzheimer yang dihidapi sejak 2011 dan kini dijaga dengan baik oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Kelang, Selangor.
“Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Katanya lagi dia datang melawat bapanya setiap hari kerana kebetulan pejabat terletak berhampiran namun kadangkala bekas bintang filem era 60-an itu tidak mengenalinya berikutan penyakit Alzheimer yang dihidapi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi akan menziarahi Jins pagi ini (Isnin) untuk bertanya khabar selain mendapatkan perkembangan terkini seniman veteran itu.
“Sebenarnya sebelum ini kita sudah beberapa kali bertemu beliau dan Alhamdulillah beliau sihat, cuma mungkin keadaan terbaru kita tidak pasti kerana berdasarkan gambar nampak kurus sedikit.
“Apapun saya dan rakan-rakan akan mendapatkan maklumat daripada keluarga beliau terlebih dulu dan akan memberi bantuan sewajarnya jika diperlukan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – Metro

Saturday, 31 January 2015
Penjelasan OLDTOWN White Coffee Mengenai Isu ‘Toufu Pork’ Tauhu Bola Babi
Sebelum ini, kecoh di laman sosial mengenai aduan pelanggan yang mendakwa adanya hidangan tidak halal iaitu babi dalam menu restoran kopitiam OLDTOWN White Coffee.
Ia susulan perkataan Taufu Pork Ball'. yang bermaksud tauhu bola babi di dalam resit pembayaran yang diterima oleh pelanggan tersebut sekaligus menimbulkan kebimbangan mengenai status sijil halal yang dikeluarkan JAKIM kepada restoran tersebut.
Terkini, pihak Oldtown melalui laman Facebook mereka menafikan mereka menjual makanan tidak halal di restoran tersebut dan menjelaskan semua hanya kerana kesilapan ejaan pekerjanya yang menulis secara manual.
Berikut adalah penjelasan dari Oldtown.
"Kami ingin menjelaskan bahawa Oldtown White Coffee tidak menghidangkan daging babi di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia. Kami memperoleh pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah bekerja rapat dengan jabatan dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal, dan prosedur pembersihan kami terus memenuhi keperluan Halal oleh JAKIM.
Apa yang kakitangan kami telah bermaksud untuk menaip adalah Tau Fu Pok yang taufu goreng, bahan berasaskan soya yang terdapat dalam mee kari kerana tidak ada item dalam menu yang dikenali sebagai taufu Pork jua. Kami sedang berusaha menghubungi pengguna yang pada asalnya disiarkan ini untuk mengetahui lokasi sebenar keluar. Kami akan berusaha membetulkannya sistem kami dan mendidik kakitangan kami untuk memastikan bahawa ini tidak berulang.
Di Oldtown White Coffee, keutamaan kami sentiasa dan akan terus menjadi kualiti produk kami dan perkhidmatan yang kami sediakan kepada pelanggan kami. Pensijilan Halal adalah satu proses yang sangat teliti dan ketat. Dalam usaha untuk mengekalkan pensijilan ini semua peralatan, bahan-bahan, pembekal dan prosedur pembersihan mesti memenuhi keperluan Halal oleh JAKIM. Kami ingin menegaskan bahawa kami telah memenuhi semua keperluan mereka di semua kedai di Oldtown White Coffee. Pada masa yang sama, dapur pusat kami terus memenuhi keperluan Halal JAKIM."
Jadi persoalan tentang perkara ini nampaknya sudah terjawab hanya kerana kesilapan teknikal
Benarkah Mahathir Seorang Diktator Kuku Besi & Gila Kuasa?
Diktator. Kuku Besi. Gila Kuasa. Inilah antara gelaran yang sering digunakan oleh pengkritik-pengkritik Tun Dr Mahathir bagi membuat rumusan mengenai insan ini. Hanya kerana beliau memerintah selama 22 tahun, memenangi 5 pilihanraya umum dengan majoriti 2/3 dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama, maka label-label sebegini digunakan.
Wajarkah gelaran tersebut?
Sebelum itu, siapakah diktator? Secara umumnya, diktator adalah seorang pemimpin yang enggan melepaskan kuasanya walaupun sudah tidak popular, menekan seteru politiknya dengan pelbagai ancaman seperti saman dan penjara, menindas rakyatnya dengan menafikan pengagihan kekayaan negara kepada mereka serta mendiskriminasi, menyekat sebarang gerakan awam dan menapis segala bentuk maklumat kepada awam.
Pertama sekali perkara yang gagal difahami oleh pengkritik Tun Dr Mahathir adalah beliau tidak pernah mempamerkan dan meletakkan dirinya sebagai seorang yang demokratik sebagaimana sesetengah ahli politik yang menjadikan demokrasi, hak asasi, liberalism sebagai modal politik. Sebaliknya Tun adalah seorang yang pragmatik di mana beliau mengamalkan sesetengah elemen demokrasi yang dirasakan berkesan dalam membangunkan negara.
Namun begitu, ini tidak bermakna beliau adalah seorang diktator kerana bagi seseorang yang tidak pernah ‘menjual’ dirinya sebagai pejuang hak asasi dan pendekar demokrasi, apa yang beliau lakukan sepanjang 22 tahun adalah sangat ironi bagi seorang diktator.
Dalam politik, ‘diktator’ inilah yang telah hampir kalah di dalam pemilihan parti 1988 walaupun mendapat pencalonan terbanyak daripada bahagian. Apabila pencabarnya meninggalkan parti dengan mewujudkan parti baru iaitu Semangat 46, parti tersebut tidak dihalang untuk bertanding menentang beliau. Dan apabila parti serpihan itu telah kalah, pemimpin-pemimpin dan ahli parti tersebut telah diajak menyertai parti asal mereka, iaitu UMNO yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir. Untuk melengkapkan ironi seorang diktator ini, bukan sahaja mereka ini diberi peluang memasuki semula parti, tetapi turut diberikan jawatan-jawatan penting baik di dalam parti mahupun kerajaan. Beberapa pemimpin parti serpihan itu dibawa masuk ke dalam kabinet dan seorang daripadanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang seterusnya dipilih untuk menggantikan diktator Tun Dr Mahathir.
Kemungkinan ketika itu Tun tidak mengetahui amalan diktator-diktator di negara lain yang kebiasaannya melantik anak atau ahli keluarga mereka sebagai pengganti. Barangkali juga diktator-diktator ini tidak memberitahu Tun supaya menarik balik larangan beliau yang tidak membenarkan ahli keluarganya untuk aktif di dalam politik. Boleh jadi juga Tun telah diberikan nasihat yang salah oleh penasihat-penasihatnya maka dengan itu beliau telah memberikan kebenaran anak-anak ahli politik yang lain termasuk seteru politik beliau untuk bergiat aktif di dalam politik.
Sungguh sayang bagi seorang diktator ini kerana keluarganya tidak seperti keluarga Kennedy, Castro atau keluarga Razak yang begitu dikenali sebagai keluarga yang berpengaruh dan dihormati di dalam arena politik negara. Keluarga Mahathir? Hanya selepas beliau tidak menjadi Perdana Menteri barulah anak beliau dibenarkan untuk bergiat aktif.
Bagaimana pula polisi dan dasar sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir? Ia adalah perkara biasa untuk seorang diktator mengawal mahkamah dan polis. Tetapi ia adalah di luar kebiasaan bagi mahkamah untuk mengharamkan parti politik Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi Perdana Menteri ketika itu adalah seorang pemerintah kuku besi. Jika di negara kuku besi yang lain, kemungkinan hakim tersebut terpaksa berhijrah ke negara jiran dan menulis memoir bagi menampung kehidupan. Sebaliknya di Malaysia, hakim tersebut telah dinaikkan pangkat menjadi hakim persekutuan.
Di dalam kontroversi Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, beliau ingin digantikan bukan kerana Perdana Menteri ketika itu tidak boleh mengawal beliau. Sebaliknya beliau telah berkelakuan biadap dengan menulis surat kepada semua raja-raja berkenaan dengan bunyi bising kerja pengubahsuaian rumah Yang DiPertuan Agong. Oleh itu Agong sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa mutlak terhadap kehakiman telah mengarahkan Perdana menteri untuk menggantikan Ketua Hakim ini.
Oleh itu, diktator ini telah bersusah payah mewujudkan tribunal, memanggil ketua-ketua hakim dari luar negara (yang sememangnya mudah dirasuah) dan seterusnya membicarakan ketua hakim tersebut. Bukankah lebih mudah jika ketua hakim itu diculik, hilang tanpa dikesan atau dibuang ke laut sebagaimana amalan diktator di negara lain? Bukan sahaja terpaksa bersusah payah, bahkan ketua hakim tersebut telah bertanding di dalam pilihanraya kawasan Lembah Pantai pada 1995 menentang calon parti politik diktator ini tanpa sebarang sekatan.
Pada 1998, apabila Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir yang popular ini dipecat dan didakwa atas salah laku, mahkamah telah dilabel sebagai mahkamah kangaroo. Sama ada kangaroo pernah dihadapkan ke mahkamah dan mengawal keputusan hakim tidaklah begitu aneh. Tetapi yang menjadi keanehan adalah mahkamah yang sama telah membebaskan timbalan tersebut, bukan sekali malah dua kali bagi tuduhan yang sama.
Mungkin pengkritik berkata pembebasan itu hanya selepas diktator bernama Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi di dalam kerajaan. Benar. Tetapi bukankah hairan lagi ajaib bagi seorang diktator yang pengaruhnya dikatakan melangkaui setiap badan kerajaan, perundangan dan penguatkuasaan tetapi pengaruh tersebut sudah hilang hanya kurang setahun sejak dari persaraannya? Tidak logik bagi seorang Perdana Menteri baru yang dipilih oleh diktator sendiri untuk bertindak bertentangan dengan keinginan bekas diktator dengan membebaskan mahkamah dari cengkaman pemerintahan.
Kemuncak daripada segala macam dasar yang diperkenalkan adalah apabila Tun Dr Mahathir memberi jaminan untuk tidak mengawal kebebasan internet di Malaysia. Hanya 15 tahun selepas memberi jaminan tersebut dan apabila sudah tidak lagi menjadi berkuasa barulah beliau mahukan internet disekat. Kemungkinan diktator ini mahukan rakyat Malaysia menggunakan medium tersebut bagi mengkritik, menghina serta menanam kebencian orang ramai terhadap dirinya selepas beliau bersara. Ironinya lagi seklafi adalah diktator ini mungkin terlupa untuk menyaman dan mengheret pengkritiknya di internet ke mahkamah bagi segala komentar dan artikel yang berbaur fitnah. Bukankah mahkamah kangaroo tersedia untuk menurut kemahuannya bagi menghukum mereka yang tidak sependapat dengan dirinya?
Napoleon Bonaparte- diktator Perancis menghabiskan hidupnya di Selatan Italy. Idi Amin bersara di Libya dan Arab Saudi. Shah Iran lari ke Mesir, Morocco dan Amerika Syarikat. Ferdinand Marcos tidak tinggal di Filipina selepas bersara sebaliknya menetap di Hawaii. Kesimpulannya kebanyakan diktator menghabiskan saat akhir hidup mereka dengan menetap di luar negara. Ada kerana pilihan sendiri dan ada juga yang terpaksa berbuat demikian kerana bimbang akan keselamatan diri mereka di negara sendiri. Akan tetapi Tun Dr Mahathir memilih tinggal di Malaysia dan bebas berulang alik ke pejabatnya di Putrajaya, KLCC dan Proton tanpa perlu dikawal rapi. Mengapa diktator ini tidak berasa takut atau bimbang akan keselamatan dirinya? Bukankah adalah nrmal bagi seorang diktator untuk hidup dalam ketakutan dan diburu oleh musuhnya?
Jika masih ada lagi yang berpendapat bekas Perdana Menteri Malaysia keempat ini seorang diktator, mereka wajib sedar akan hakikat bahawa diktator inilah yang mungkin adalah diktator yang pertama di dunia yang meletakkan jawatan ketika berada di kemuncak kuasa dan populariti.
KREDIT - MAT RODI

Reaksi Johan Kepada Zizan Apabila Virus Tersingkir
Melalui laporan Blog hotlips-yuya, apabila Virus tersingkir dari MLM2014, pelbagai reaksi yang timbul. Ada yang suka dan ada yang marah dan bengang kerana kumpulan kegemaran mereka gagal ke pentas final Maharaja Lawak Mega 2014.
Namun, reaksi paling menjadi tumpuan sudah tentulah dari ahli kumpulan Jozan sendiri iaitu Johan Raja Lawak.
Jom kita baca reaksi dari Johan ini:
Memang ini merupakan satu komen dan reaksi yang baik dari Johan sebagai sahabat rapat Zizan Razak.
Sememangnya ramai peminat berharap Jozan dan Jambu akan muncul kembali di pentas Maharaja Lawak Mega tahun hadapan.

Friday, 30 January 2015
Gambar Dimuat Naik di Media Sosial The Rich Kids Of Malaysia' Tanpa Kebenaran?
KUALA LUMPUR: Ia mungkin dianggap satu berita yang menarik apabila golongan mewah atau kenamaan menonjolkan status mereka kepada seluruh dunia menerusi laman sosial mengenai harta yang dimiliki.
Pada minggu lalu, Malaysian Digest mendedahkan kisah kehidupan mewah remaja Tehran yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Rich Kids Of Tehran' (Remaja Paling Kaya di Tehran).
Susulan sehari selepas itu, remaja negara ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyatakan kepada dunia bahawa mereka juga adalah golongan elit sehingga mewujudkan satu laman sosial akaun Instagram dikenali 'The Rich Kids Of Malaysia'.
Apa yang menarik perhatian, akaun itu telah mengumpul sejumlah lebih seribu pengikut dan mula mendapat perhatian ramai yang memberi peluang untuk pencalonan dan foto individu yang disifatkan sebagai kelas atasan akan disiarkan atau dimuat naik di Media Sosial tersebut.
Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut ditampal tanpa kebenaran pemilik asal.
Namun, menurut sumber, beliau melihat gambar teman rapat mereka di muat naik tanpa kerelaan pemilik.
“Saya tidak kisah sekiranya ada individu yang mencipta akaun seperti itu kerana saya memahami kehendak mereka yang mempunyai kelemahan jiwa untuk perkara seperti itu. Tetapi sekurang-kurang perlu dengan cara yang betul, bukan?
“Lebih buruk lagi adalah apabila saya melihat gambar teman-teman saya (sama ada kaya atau tidak, ia bukan persoalannya) dimuat naik di Media Sosial dan jelas mereka tidak mengetahui tentang perkara itu,” katanya.
Susulan ia menjadi viral di Media sosial semalam, pemilik akaun yang kononnya mencipta akaun tersebut hanya mahu berseronok telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram itu.
“Kepada pemilik gambar, sila DM (mesej peribadi), Tweet atau e-mel saya jika anda mahu saya mengeluarkan gambar-gambar anda di Media Sosial. Saya menghormati keprihatinan anda,” katanya.
Walaupun mendapat kritikan dan kecaman ekoran tindakan pemilik asal akaun itu, dia bagaimanapun cuba bertindak positif dan ‘menyerang’ kembali mereka yang mengkritiknya dengan menyatakan ramai pemilik asal gambar yang dimuat naik berterima kasih kepadanya.
“Saya juga menerima mesej ucapan terima kasih kerana memuat naik gambar mereka.
Bukan sahaja anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid tapi pelakon Erin Malek pun ada tau
“Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya menghormati setiap permintaan untuk memadamkan sebarang Foto pemilik .. #keepitpositive, saya bersetuju .. " ujarnya. - malaysiandigest
Pada minggu lalu, Malaysian Digest mendedahkan kisah kehidupan mewah remaja Tehran yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Rich Kids Of Tehran' (Remaja Paling Kaya di Tehran).
Susulan sehari selepas itu, remaja negara ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyatakan kepada dunia bahawa mereka juga adalah golongan elit sehingga mewujudkan satu laman sosial akaun Instagram dikenali 'The Rich Kids Of Malaysia'.
Apa yang menarik perhatian, akaun itu telah mengumpul sejumlah lebih seribu pengikut dan mula mendapat perhatian ramai yang memberi peluang untuk pencalonan dan foto individu yang disifatkan sebagai kelas atasan akan disiarkan atau dimuat naik di Media Sosial tersebut.
Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut ditampal tanpa kebenaran pemilik asal.
Namun, menurut sumber, beliau melihat gambar teman rapat mereka di muat naik tanpa kerelaan pemilik.
“Saya tidak kisah sekiranya ada individu yang mencipta akaun seperti itu kerana saya memahami kehendak mereka yang mempunyai kelemahan jiwa untuk perkara seperti itu. Tetapi sekurang-kurang perlu dengan cara yang betul, bukan?
“Lebih buruk lagi adalah apabila saya melihat gambar teman-teman saya (sama ada kaya atau tidak, ia bukan persoalannya) dimuat naik di Media Sosial dan jelas mereka tidak mengetahui tentang perkara itu,” katanya.
Walaupun mendapat kritikan dan kecaman ekoran tindakan pemilik asal akaun itu, dia bagaimanapun cuba bertindak positif dan ‘menyerang’ kembali mereka yang mengkritiknya dengan menyatakan ramai pemilik asal gambar yang dimuat naik berterima kasih kepadanya.
“Saya juga menerima mesej ucapan terima kasih kerana memuat naik gambar mereka.
“Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya menghormati setiap permintaan untuk memadamkan sebarang Foto pemilik .. #keepitpositive, saya bersetuju .. " ujarnya. - malaysiandigest
Tuesday, 27 January 2015
Lelaki Lumpuh Selepas Digigit ‘Semut Selangor’
Tanjung Tokong – Berpunca digigit seekor semut, seorang lelaki berusia 43 tahun lumpuh. Abdul Wahab Mydin berkata, sekelip mata dia memegang status orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, pada tahun lalu, dia digigit semut yang lebih dikenali dengan nama semut selangor.
“Semut itu menggigit bahagian belakang betis, dan kebetulan pula saya mempunyai sakit kencing manis.
“Selepas digigit semut selangor saya letak salap, dan tidak sangka ia mendatangkan kesan lebih teruk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Isterinya, Rosliza Ramli, 42 berkata, bisa yang mungkin sekecil cucukan jarum akhirnya bertukar menjadi lebih buruk.
“Selepas beberapa hari, keadaan kulit suami saya bergelembung, seperti melepuh terkena minyak panas.
“Kemudian ia pecah dan setelah itu kulit tertanggal dan keluar warna putih dari kaki, rupanya bahagian isi dalam kaki sudah seperti dimakan, dan warna putih itu ialah isi kaki,” katanya.
Kemudiannya Abdul Wahab dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawat.
Dalam tempoh setahun saja, dia dibedah enam kali untuk mengubati kecederaan yang datang secara tiba-tiba itu.
Dia tidak menafikan terpaksa menanggung sakit yang tidak dapat digambar dengan kata-kata sehingga tulang belakangnya menerima kesan.
“Disebabkan pembedahan yang berterusan, tulang belakang saya juga lemah, dan disebabkan itulah saya lumpuh.
“Kini saya tidak boleh duduk terlalu lama dan hanya terbaring sahaja,” katanya.
Bapa kepada 10 anak ini juga tidak lagi mampu bekerja sejak setahun yang lalu, sementara isterinya juga terpaksa menjaganya di rumah sahaja.
Rosliza berkata, mereka mempunyai enam anak yang masih belajar dan masing-masing perlu ditanggung yuran pengajian.
“Anak saya yang berada di kolej terpaksa berhenti belajar kerana kami tidak lagi membayar yurannya, kami sekeluarga hanya menerima bantuan dari Pusat Urus Zakat (PUZ),” katanya.

Bekas Tentera British Berjaya Jejak Kekasih Melayu Ditinggalkan 47 Tahun Lalu
Kisah seorang bekas tentera British yang ingin menjejak kekasih Melayu ditinggalkan di Malaysia 47 tahun lalu telah menjadi viral, minggu lalu.
Usaha bekas tentera British untuk menjejaki seorang wanita rakyat Malaysia, Wan Jamilah, membuahkan hasil apabila dia menerima panggilan mengejut dari Wan Jamilah.
Rata-rata menzahirkan perasaan kagum akan kesetiaan dan kesanggupan Warren Holbrook, 69, yang ingin bertemu kembali wanita tersebut yang bernama Wan Jamilah atau gelarannya ‘Fiona’.
Ternyata usaha dan kerja keras Holbrook membuahkan hasil apabila dia akhirnya berkesempatan untuk bersembang bersama Jamilah menerusi telefon kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.
Menurut laporan The Star, Wan Jamilah sudah berkahwin dan kini menetap di Australia bersama dua anak dan seorang cucu.
“Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit,” kata Holbrook.
Holbrook memberitahu pada awalnya dia turut menerima panggilan daripada bekas abang ipar Jamilah kira-kira pukul 9.30 pagi yang juga kenalannya suatu ketika dahulu.
Menceritakan tentang Jamilah, Holbrook berkata Jamilah telah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada tahun 1971 dan kini menetap di sana.
“Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung,” katanya.
Difahamkan, Jamilah pulang setahun sekali ke Malaysia bagi menziarahi saudara-maranya di Pulau Pinang.
Sementara itu, Holbrook mengucapkan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua pihak yang mengirimkan kata-kata sokongan dan membantunya menemui Jamilah.
Hingga kini, dia yang sudah lama pencen tidak pernah berkahwin dan masih membujang.
Usaha bekas tentera British untuk menjejaki seorang wanita rakyat Malaysia, Wan Jamilah, membuahkan hasil apabila dia menerima panggilan mengejut dari Wan Jamilah.
Rata-rata menzahirkan perasaan kagum akan kesetiaan dan kesanggupan Warren Holbrook, 69, yang ingin bertemu kembali wanita tersebut yang bernama Wan Jamilah atau gelarannya ‘Fiona’.
Gambar kenangan Holbrook bersama Wan Jamilah satu waktu dahulu.
Menurut laporan The Star, Wan Jamilah sudah berkahwin dan kini menetap di Australia bersama dua anak dan seorang cucu.
Keratan akhbar perkahwinan Wan Jamilah.
Holbrook memberitahu pada awalnya dia turut menerima panggilan daripada bekas abang ipar Jamilah kira-kira pukul 9.30 pagi yang juga kenalannya suatu ketika dahulu.
Menceritakan tentang Jamilah, Holbrook berkata Jamilah telah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada tahun 1971 dan kini menetap di sana.
“Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung,” katanya.
Difahamkan, Jamilah pulang setahun sekali ke Malaysia bagi menziarahi saudara-maranya di Pulau Pinang.
Sementara itu, Holbrook mengucapkan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua pihak yang mengirimkan kata-kata sokongan dan membantunya menemui Jamilah.
Hingga kini, dia yang sudah lama pencen tidak pernah berkahwin dan masih membujang.
Kereta Jenama DeLorean ‘Back To The Future’ Ditemui Di Miri
Kereta mirip Delorean DMC-12 yang diubahsuai seperti kereta digunakan dalam filem Back To The Future ini ditemui di Miri.
Filem berkenaan diterbitkan oleh Steven Spielberg pada 1985 dan diarahkan oleh Robert Zemeckis.
Kereta Delorean yang digunakan dalam filem sekual Back To The Future III.
Bagaimanapun, gambar kereta itu tidak disertakan dengan maklumat lanjut.
Individu yang memuatnaik gambar berkenaan juga, didapati turut meminta pengguna Facebook yang mempunyai maklumat tambahan terutama tentang pemilik kereta epik tersebut memaklumkan padanya.
Kereta itu kini ditempatkan di bawah sebuah kawasan parkir berbumbung di sebelah sebuah kereta BMW.
Tayar hadapan sebelah kirinya bagaimanapun didapati telah pancit dipercayai kerana kereta diparkir dalam tempoh lama.
Back To The Future mengisahkan tentang Marty McFly (Michael J Fox), seorang remaja yang secara tidak sengaja dihantar kembali ke zaman silam 1985-1955 di mana dia berpeluang bertemu ibu bapanya di sekolah tinggi. Di sini berlaku insiden yang boleh mengubah sejarah jadi Marty harus membetulkan keadaan semula.
Apa pun, di bawah kami siarkan klip video yang memaparkan scene pertama mesin masa ciptaan Doc Brown menggunakan kereta DeLorean diperkenalkan kepada Marty bagi mengimbau semula kenangan anda.
Sumber mynewshub.cc
Monday, 26 January 2015
Mas Idayu Didakwa Cekik Zuan Azmi Dan Tolak Wartawan Melodi
Salah seorang mentor dalam racangan Mentor Legend TV3 iaitu Mas Idayu telah mencetuskan satu lagi isu apabila didakwa mencekik dan menyerang hos sampingan rancangan itu.
Hos di belakang tabir iaitu Zuan dilihat berang setelah dicekik oleh Mas Idayu dan menggelar penyanyi itu tidak profesional dam juga kurang ajar.
Menerusi portal Rotikaya, Zuan dilaporkan memberitahu penyanyi itu juga pernah mencekik dan menyerangnya ketika sesi raptai sebelum ini dan telah diberi nasihat untuk tidak mengulanginya ketika siaran langsung namun perkara itu tidak diendahkan
Ini sedikit komen dari Zuan:
“Sebab dia perempuan, kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap professional apabila asyik dikenakan soalan panas,”
Zuan juga telah menulis tweet yang menyatakan ketidak-puashatian nya kepada Mas Idayu. untuk pengetahuan, Zuan juga merupakan pengacara dan wartawan Melodi.
Sekali baca seakan Mas Idayu mahu bergurau dengan hos Mentor Legend itu namun kenyataan dari Zuan Azmi tidak menunjukkan perkara ini seperti boleh dibuat main.

Wartawan Melodi dan hos belakang pentas konsert Mentor Legend, Zuan Azmi

Friday, 23 January 2015
Isteri Anggota Polis Sebarkan Klip Video Zamani?
KLIP video yang memaparkan vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan bergari dipercayai disebarkan oleh isteri kepada anggota polis yang bertugas di balai, di mana penyanyi itu ditahan.
Siasatan awal pihak polis mendapati sebaran dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya di mana anggota pertama telah merakam video tersebut sebelum memberikan rakaman tersebut kepada anggota kedua menggunakan aplikasi Whatsapp.
Kedua-dua anggota polis itu dikatakan berjanji tidak akan menyebarkan video tersebut namun berlaku perkara sebaliknya selepas rakaman itu diminta oleh anggota ketiga lalu anggota pertama bertindak memberikan rakaman tersebut kepada dua lagi individu termasuk isteri anggota ketiga.
Susulan itu, pihak polis bertindak merakam keterangan lima individu termasuk isteri kepada anggota polis terbabit, selain merampas 40 telefon bimbit.
Video nyanyian Zamani yang kini viral di Internet pula, telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Zamani yang popular pada era 90-an selaku penyanyi Kumpulan Slam, kini ditahan reman selama empat hari selepas ditahan Selasa lalu di rumahnya di Taman Keramat kerana disyaki memiliki heroin seberat 1.2 gram.
Turut ditahan dalam serbuan tersebut adalah teman wanitanya yang berusia 32 tahun.

Thursday, 22 January 2015
Mesej Suara Mangsa Kemalangan Kereta Terbakar di Lebuh Raya Utara-Selatan
Kuala Kangsar: “Tolong wei...tolong wei...aku dengan Joe kemalangan ni...Joe dah meninggal...dah meninggal...Ya Allah..,” itulah mesej suara yang dikirim Muhammad Nasrullah Abd Ghaffar, 29, yang dikirim melalui WhatsApp kepada rakan serumahnya, Syawal Ibrahim, 25, yang berada di Ipoh, dekat sini.
Muhammad Nasrullah yang cedera akibat melecur apabila kereta Honda Civic dipandu rakannya, Joeri Ramli, 34, terbakar akibat diseret treler di Kilometer 254.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, semalam menghantar pesanan itu sebaik berjaya keluar menyelamatkan diri dari kereta yang sedang terbakar.
Joeri rentung di tempat duduk pemandu selepas gagal keluar kerana tersepit apabila kereta itu terbakar dan menerusi mesej 11 saat yang dikongsi Syawal kepada media itu, boleh kedengaran tangisan Muhammad Nasrullah.
Syawal yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, semalam, berkata, dia amat terkejut mendengar mesej suara dikirimkan Nasrullah.
“Sebelum mereka keluar rumah, Joeri dan Nasrullah mengejutkan saya dari tidur memberitahu akan ke Gerik atas urusan kerja.
“Bagaimanapun kira-kira jam 9 pagi, saya menerima mesej suara dari Nasrullah itu memberitahu mereka terbabit kemalangan, malah memberitahu Joeri meninggal dunia,” katanya.
Muhammad Nasrullah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini.
Sementara itu, ibu mangsa, Sharifah Saad, 66, yang menghidap penyakit darah tinggi hampir pitam sejurus melihat mayat anaknya ketika pengecaman, namun berjaya ditenangkan ahli keluarga.
Video Kejadian
Muhammad Nasrullah yang cedera akibat melecur apabila kereta Honda Civic dipandu rakannya, Joeri Ramli, 34, terbakar akibat diseret treler di Kilometer 254.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, semalam menghantar pesanan itu sebaik berjaya keluar menyelamatkan diri dari kereta yang sedang terbakar.
Syawal yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, semalam, berkata, dia amat terkejut mendengar mesej suara dikirimkan Nasrullah.
“Sebelum mereka keluar rumah, Joeri dan Nasrullah mengejutkan saya dari tidur memberitahu akan ke Gerik atas urusan kerja.
“Bagaimanapun kira-kira jam 9 pagi, saya menerima mesej suara dari Nasrullah itu memberitahu mereka terbabit kemalangan, malah memberitahu Joeri meninggal dunia,” katanya.
Muhammad Nasrullah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini.
Sementara itu, ibu mangsa, Sharifah Saad, 66, yang menghidap penyakit darah tinggi hampir pitam sejurus melihat mayat anaknya ketika pengecaman, namun berjaya ditenangkan ahli keluarga.
Video Kejadian
Wednesday, 21 January 2015
Keratan Akhbar Tahun 1986 Senarai Atlet Belanja Besar Beli Kereta Mewah
MEMILIKI gaji lumayan, tak hairanlah jika seseorang atlet mampu berbelanja besar bagi mendapatkan kereta mewah idaman mereka.
Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah penemuan sebuah keratan akhbar dipercayai dikeluarkan pada tahun 1986 bertajuk “Pemain Wilayah Mewah”.
Melalui keratan akhbar yang dikongsikan oleh peminat kenderaan antik di laman Facebook, ia sememangnya sangat menarik apabila melihat definisi kereta mewah 19 tahun dahulu.
Honda, Mitsubishi dan Toyota adalah antara jenama pilihan pemain bola sepak di Wilayah Persekutuan.
Antara pemain yang dipaparkan termasuklah Otai bola sepak negara seperti Shebby (Sergabeth) Singh, Razip Ismail, Fandi Ahmad dan Saidin Osman.
Kadar harga bagi setiap kenderaan mewah mereka adalah antara RM11,000 sehingga RM47,000.
Jika diikutkan dengan kadar semasa sekarang, dengan harga Rm11 ribu kita boleh memiliki kereta apa ya?
Apa-apa pun, kenderaan paling legend adalah kereta Toyota Truno AE86 milik Fandi Ahmad.
Model AE86 yang merupakan lambang prestasi Toyota pada waktu tersebut telah diadaptasikan ke dalam komik Jepun, Initial D, dan sampai sekarang kereta ini masih berharga RM50,000 walaupun ia telah memasuki pasaran hampir 20 tahun lalu.

Tuesday, 20 January 2015
Kesal Peniaga Hanya Ketawa Mangkuk Cendol Berisi Lipas
SUBANG JAYA – Yang dipesan cendol biasa tetapi yang dihidangkan cendol berisi lipas! Insiden meloyakan itu dihadapi seorang operator sebuah syarikat swasta ketika menikmati minuman itu di gerai tepi jalan di Subang Jaya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dine, 21, berkata, dia ke gerai berkenaan bersama empat saudaranya kira-kira jam 3.20 petang untuk menghilangkan dahaga.
Mangsa terus menikmati minuman yang dipesan tanpa menyangka terdapat hidangan tambahan dalam minuman terbabit.
Selepas beberapa kali mencedok minuman ke mulut, Dine mendakwa terlihat ada objek berwarna hitam dalam mangkuk tersebut.
“Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga,” ceritanya kepada Sinar Harian.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Dine segera menunjukkan mangkuk cendol berisi lipas kepada peniaga namun aduannya tidak dilayan.
Lebih dikesalkan peniaga itu hanya ketawa sebelum menyuruhnya jangan berbuat bising.
“Saya kecewa dengan reaksinya, anak peniaga itu pula mengugut akan memanggil gengnya jika saya tidak berhenti buat bising di gerainya,” katanya.
Kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, Dine beredar dari gerai tersebut apabila anak peniaga itu mula menunjukkan kekasaran.
Dine membuat laporan kepada Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta pihak berkuasa tempatan itu melakukan pemeriksaan kebersihan di gerai tepi jalan bagi mengelak insiden berulang.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihak majlis akan melakukan siasatan terhadap aduan tersebut.
“Sekiranya didapati ada berlaku pelanggaran syarat-syarat kesihatan, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)

.jpg)