oomedianetwork

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Showing posts with label Terkini. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

Ibu Kumpulan Zero Pengsan Lihat Anaknya Menang #MLM2014

5 comments :
Emak Zero pengsan sejurus selepas menonton kemenangan anaknya di rumah mereka di Kudat. Emaknya yang menonton rancangan itu secara LIVE bersama penduduk kampung yang lain jelas sekali terkejut bila Zero diumumkan sebagai pemenang.


Emak Zero dibantu oleh penduduk kampung selepas pengsan melihat Zero menang (gambar).

Juara MLM 2014, kumpulan Zero memberitahu bahawa hasil wang kemenangan mereka yang bernilai RM 500,000 itu akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah, dan seterusnya akan digunakan untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.

“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif sambil berseloroh.

Sementara itu, dalam satu temubual di radio Era FM, kumpulan Zero mengesahkan kisah lawak yang dipaparkan sewaktu tema muzikal di pentas final adalah realiti kehidupan meraka.

Syaiful telah bekerja menyara keluarga setelah ayah mereka tidak ada dan kemudian Atu pula menyara keluarga setelah mereka menyertai Raja Lawak.

Sewaktu itu, memang susah nak dapat job bertiga, hanya Atu sahaja lebih menonjol dengan menyertai beberapa rancangan seperti Fear Factor, Kauter Kaboom dan HavocWarna.

Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan untuk memancing pengundi. Baginya mereka sekiranya tidak bergelar juara, mereka tetap mahu untuk menunaikan hajat keluarga.

Kini setelah bergelar juara, mereka merancang untuk menetap di kuala Lumpur.

Bayi Hamil Anak Kembar Ketika Lahir

No comments :
Beijing – Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir.

Bayi yang dilahirkan pasangan di Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong itu dilaporkan harus menjalani pembedahan selepas berusia tiga minggu untuk membuang ‘anaknya.’

Janin kembar yang dikandung dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Jurucakap hospital berkata, kedua-duanya anak bayi itu dilitupi kulit, dengan satu mempunyai berat 14.4 gram dan satu lagi 9.3 gram.

Bagaimanapun, kedua-dua janin mempunyai tali pusat berasingan.

Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil, malah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Secara purata, keadaan seperti itu dilaporkan berlaku satu bagi setiap 500,000 kelahiran di dunia, tetapi 200 kes daripada itu saja yang didedahkan.

Sehingga kini doktor masih belum berjaya merungkai misteri punca bayi terbabit menghamilkan anak kembar itu.

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Yu Kai-man, ia hampir tidak boleh dikesan ketika pemeriksaan pranatal kerana saiz embrio dalam bayi itu amat kecil.

“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya. – Agensi

Gambar Comel Baby Bump Pertama Lisa Surihani

1 comment :
Akhirnya penantian pasangan suami isteri Lisa dan Yusry untuk menimang cahaya mata pertama mereka akhirnya di kabulkan apabila Lisa sah hamil.

Berita Lisa Surihani hamil benar-benar memberikan khabar gembira kepada seluruh peminatnya malah rakan artis juga turut tumpang gembira. Bila bakal bergelar ibu ni, Lisa Surihani makin berseri-seri

Tapi dalam masa yang sama, keterujaan tersebut bagaikan tak lengkap kerana Lisa masih belum mendedahkan usia kandungannya. Malah, berita gembira itu juga tidak dikongsikan secara terperinci bersama peminat.

Kalau ibu mengandung yang lain tak sabar nak berkongsi setiap detik dan gambar sewaktu mengandung, tapi Lisa nampaknya tak berbuat demikian. Mungkin belum lagi.


Terima kasih kepada Sharifah Amani yang memuat naik sekeping foto terbaru Lisa menunjukkan baby bumpnya di Instagram petang semalam.

" Glowing. Just as she should. 
May you be blessed with health, peace and tranquility throughout. Mudah mudahan Allah setuju. Much love @iamlisasurihani"



Memang comel baby bump Lisa Surihani, agaknya lelaki ke perempuan yer? yang penting pasti comel seperi ibu dan ayah mereka.

Majoriti peminat pun dapat lihat baby bump yang comel tu, Tak lama lagi lengkaplah hidup Lisa sebagai seorang wanita sejati. Hihi!

Apapun tahniah dari kami untuk Lisa & Yusry, mesti berdebar-debar menunggu kelahiran anak pertama mereka selepas 3 tahun menunggu.

Jangan Lupa Janji Kepada Keluarga - Pesan Sepahtu

No comments :
Walaupun Sepahtu gagal untuk mempertahankan gelaran sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) tetapi persembahan mereka pada malam akhir kelmarin patut diberikan kepujian kerana persembahan mereka cukup bersahaja dan menghiburkan.

Kemenangan yang berpihak kepada kumpulan Zero yang dikatakan sebagai underdog ditepis oleh Jepp kerana baginya (Jep) tidak ada istilah underdog dalam MLM kerana baginya sesiapa yang memberikan persembahan terbaik pada malam itu patut diberikan pujian dan kemenangan.
Sepahtu berjaya mendapat tempat kedua di pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Juara pula jatuh kepada Zero.

Ramai tertanya-tanya bagaimana hubungan Sepahtu dengan Zero dan apa komen Jep dan Shuib tentang Zero.

Jom baca komen Sepahtu tentang kemenangan Zero. (SinarHarian)

JEP:

“Sebelum ini pun mereka ada berjumpa saya dan bercerita mengenai hasrat mereka sekiranya dinobatkan sebagai juara.

“Bagi saya, kemenangan mereka adalah sesuatu yang tepat kerana ia adalah di saat mereka sangat memerlukan wang kemenangan tersebut.

“Apapun, mereka memang layak bergelar juara kerana mampu memberikan persembahan terbaik setiap minggu,”

SHUIB:

“Kami pernah merasa pengalaman menjadi juara sebanyak dua kali. Rezeki kami pun setakat ini sudah cukup baik untuk kami menampung kehidupan keluarga.

“Biarlah kali ini mereka yang lebih memerlukan pula menerima manfaat daripada gelaran juara itu,”

Hubngan Sepahtu dan Zero amat baik dan rapat di luar pentas Maharaja Lawak Mega.

Di instagram pula, Shuib dan Jep juga ada mengucapkan tahniah kepada kumpulan Zero selain akui mereka memang lebih layak menang dari Sepahtu.

Sepahtu terpaksa akur dengan keputusan juri yang memihak kepada Zero. Zero berjaya mendapat 5 bintang di kedua-dua persembahan di pentas final, manakala Sepahtu mendapat 5 bintang untuk tema bebas dan 4 bintang untuk tema muzikal.

Namun yang menyedihkan, Sepahtu dijangka menarik diri dari pertandingan MLM musim akan datang. Terlalu penat dan juga ingin berehat dikatakan faktor utama keputusan itu dibuat Sepahtu.

Friday, 6 February 2015

Balas Dendam Raja Jordan Ketuai Skuadron Tentera Udara Musnahkan IS

No comments :
AMMAN — Seumpama filem Independence Day, kematian tragis Leftenan Muath Safi Yousef al-Kasasbeh membuat Raja Jordan, Abdullah Hussein berasa amat murka dan berikrar akan segera membalas dendam ke atas militan ekstrem Daulah Islamiyah (IS).

Secara kebetulan seperti filem epik Hollywood pada 1996 itu, Raja Abdullah memang pernah menjadi juruterbang jet tempur tentera udara diraja Jordan (RJAF), malah akan memimpin sendiri serangan balas terhadap IS di Syria, lapor media tempatan.

Ia bahkan kebetulan menyerupai salah satu babak filem itu apabila Presiden Thomas Whitmore lakonan aktor Bill Pullman mengetuai skuadron tentera udara Amerika Syarikat (AS) menyerang kapal induk makhluk asing yang berlabuh di ruang angkasa bumi.

Muath Safi Yousef al-Kasasbeh
Perkara mengejutkan itu disahkan sendiri bekas jeneral tentera Jordan yang secara tidak sengaja berkata, Raja Abdullah, 53 tahun; bersiap siaga untuk memimpin serangan besar-besaran RJAF sebagai membalas kematian tragik allahyarham Muath, 26 tahun.

Mantan jeneral yang enggan dikenali itu berkata, Raja Abdullah secara serius memetik ungkapan popular yang diucapkan bintang Clint Eastwood dalam salah satu filemnya, Unforgiven pada 1992 ketika melakukan lawatan rasmi ke AS awal Februari lalu.

Raja Abdullah segera memendekkan lawatan tersebut setelah dimaklumkan Muath yang ditawan IS pada 24 Disember tahun lalu kemudian secara zalim dibakar hidup-hidup pada 3 Januari sebelum rakaman video kejadian itu disebarkan kepada umum.

Allahyarham Muath yang menyertai RJAF selepas tamat latihan di Kolej Udara Raja Hussein pada 2009 ialah juruterbang elit F-16 Skuadron No.1 di pangkalan udara Muwaffaq Salti dan berkahwin dengan jurutera Anwar al-Tarawneh pada 2014.

Seorang anggota Kongres AS dari California, Senator Duncan Lee Hunter memberitahu akhbar Washington Examiner yang melaporkan Raja Abdullah mengajuk ayat Eastwood: “Semua orang yang saya lihat di sana, saya akan bunuh mereka,”

“Setiap musuh yang menembak saya, saya tidak hanya akan menembak mereka, malah saya akan bunuh isterinya, teman-temannya dan membakar habis rumahnya,” ujar Hunter meniru gaya bersahaja titah Raja Abdullah ketika berada di Washington DC.

Kebetulan pula jelas Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera AS di Kongres itu, pada malam 3 Februari, baginda bertemu Presiden Barack Obama, beberapa jam setelah video pembunuhan Muath disebarkan menerusi laman internet ke seluruh dunia.

Selepas melakukan perbincangan, dua pemimpin itu bertekad memperluaskan strategi memerangi IS yang masih menguasai wilayah cukup luas di Iraq dan Syria serta kian menghampiri Arab Saudi bagi menghancurkan Kaabah, kiblat umat Islam di Makkah.

Obama berjanji, Washington DC akan meningkatkan bantuan tahunan kepada Amman sehingga AS$1 juta (RM3.6 juta) untuk menolong negara Arab itu memusnahkan IS yang semakin zalim membunuh ramai tawanan tidak berdosa. – Agensi

Berhenti Siarkan Gambar Saya Tidak Bertudung - Shila Amzah

1 comment :
Penyanyi Shila Amzah hari ini mendesak pihak yang masih menyiarkan foto dan videonya tidak berhijab berhenti berbuat demikian.

Shila yang mula berhijab sepenuhnya sejak 2012 terpaksa menyuarakan pendirian tersebut setelah ramai pihak masih menyiarkan foto dan video dirinya tidak bertudung di laman sosial.

Selain daripada itu hila Azmah telah memberi amaran kepada pihak yang sering memuatnaik gambar dan video dirinya tidak memakai tudung dan membuka aurat.

Shila Amzah dilihat agak berang dan annoying kerana gambarnya tidak bertudung di upload dan dirinya di tag ke gambar tersebut.

Shila Amzah juga meminta orang ramai dan juga peminat menghormati privasinya dan penghijrahannya yang kini sudah bertudung.
Ini komen Shila Amzah:

Videos and photos before hijab,gotta really STOP.. Stop posting,and airing me without the hijab.. Who ever who tag me with those photos again..Will be blocked immediately. Kena belajar respect privacy org yang dah berhijab.

Amaran Shila Azmah ini sememangnya wajar dibuat kerana memang ramai yang masih memuatnaik gambar dirinya sewaktu tidak bertudung.




Thursday, 5 February 2015

Kisah Sayu Dan Teladan Dari Kumpulan Zero

6 comments :
kumpulan Zero yang mencetus kejutan apabila dapat beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey.

Kumpulan Zero merupakan peserta finalis Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) 2014 dari Sabah yang boleh dikatakan paling underdog.

Zero terdiri dari 3 orang adik-beradik iaitu:

1) Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful), 25 tahun
2) Mohd. Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif / Kadir), 23 tahun
3) Sharid Kunal Doli Sharif (Atu), 21 tahun

Realiti kehidupan Zero sememangnya boleh menjadi pengajaran. mereka sememangnya berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah.

Ayah mereka merupakan seorang yang cacat penglihatannya dan telahpun meninggal dunia. Mereka juga akui kurang berpelajaran dan hanya pertaruhkan bakat yang sedia ada sahaja.

Dengan itu Kadir juga telah berhenti belajar di tingkatan saru kerana kesempitan wang dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.

Jom baca kisah dari kumpulan Zero: -KOSMO

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.

Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami.

Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa. Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak.

Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.

Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2014. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.

Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.

Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami.

Wednesday, 4 February 2015

‘Ditegur’ Jin Tanah Di Kem Lolo

4 comments :
SELAIN Gunung Ledang di Johor, Tebu (Terengganu) dan Stong (Kelantan), Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor juga tersenarai antara gunung yang dianggap ‘keras’ di negara ini.

S2 menemui Nor Fazli Abdul Aziz, 48, petugas penyelenggaraan Pejabat Hutan Selangor Tengah yang berpengalaman lebih enam tahun menjadi penunjuk arah (guide) di gunung setinggi 1,493 meter itu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Along berkata, selain mendengar kisah-kisah yang diceritakan pendaki, beliau sendiri pernah beberapa kali mengalami pengalaman aneh di gunung berkenaan.

Antara peristiwa tidak dapat dilupakan beliau adalah gangguan ‘jin tanah’ yang berlaku semasa beliau dan rakannya mengiringi kumpulan pendaki dari Putrajaya kira-kira dua tahun lalu.
Beliau berkata, kejadian berlaku di Kem Lolo semasa kawannya sedang memasak air selepas mereka mendirikan khemah di kem yang terletak kira-kira enam kilometer dari kaki gunung itu.

“Mulanya saya pesan pada dia supaya tidak hidupkan api sebab waktu Maghrib. Sekadar ikut pantang larang orang tua.

“Tapi dia tak endahkan saya. Dia terus hidupkan api tidak berapa jauh dari khemah,” katanya ketika ditemui di kaki Gunung Nuang, baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu katanya, beliau yang sedang berehat di tepi khemah dikejutkan oleh kemunculan rakannya dengan muka pucat penuh ketakutan.

“Saya bertanya apa yang berlaku. Dia tidak menjawab sebaliknya, dia tanya kalau saya nampak benda yang dia nampak.

“Dia tidak bercakap banyak malam itu. Saya syak ada benda ‘mengacau’ di bawah pokok buluh tempat dia memasak ,” katanya.

Menurut apa yang diceritakan pada keesokan harinya, Along yakin kawannya itu diganggu oleh jin tanah yang pernah beberapa kali mengacau pendaki di situ.

Beliau berkata, gangguan yang dialami rakannya itu bermula dengan tiupan angin kuat yang muncul secara tiba-tiba sebelum melihat kepulan asap keluar berhampiran pokok buluh di situ.

Tambahnya, daripada kepulan asap biasa, ia kemudian bertukar bentuk menjadi seakan-akan badan manusia dengan sepasang kaki yang besar dan mula melangkah ke arah kawannya.
Dalam kejadian berasingan, Along pernah terserempak dengan seorang perempuan berambut panjang bertenggek di atas tunggul dalam perjalanan turun dari puncak gunung itu.

Kisah terbaharu katanya, seorang pendaki tiba di kaki gunung itu dalam keadaan termengah-mengah selepas berlari sejauh lebih tiga kilometer sambil mendukung anaknya.

Menurut apa yang diceritakan kepada beliau, lelaki dalam lingkungan usia 40 tahun itu berlari turun selepas anaknya melihat ramai orang berada di salah satu tempat rehat, sedangkan dia tidak melihat sesiapa di kawasan itu.

“Si anak bertanya kepada ayahnya kenapa ada ramai orang memandang ke arah mereka di hutan berkenaan. Dan ada yang melambai dari tepi denai.

“Takut dengan pertanyaan itu, dia terus dukung anaknya dan berlari hingga sampai ke kaki gunung,” katanya.

Bahkan menurut Along, ada pendaki yang ‘bersumpah’ tidak mahu menjejakkan kaki ke gunung itu semula selepas diganggu suluhan cahaya terang dari langit pada waktu malam.

Katanya, kejadian yang diceritakan oleh sekumpulan pendaki tegar itu berlaku lewat tengah malam ketika mereka sedang tidur.

“Mereka kata macam cerita UFO. Tapak perkhemahan tiba-tiba jadi terang kerana disuluh dari langit.

“Pada masa yang sama juga, semua lampu di dalam khemah perlahan-lahan malap dan terus padam.

“Tidak ada seorang pun daripada mereka yang berani menjenguk ke luar khemah untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

"Makan Gelak Makan Gelak" Foto Mesra Zizan & Fazura

No comments :
Melalui laporan Blog hotlips-yuya Akhirnya spekulasi yang mengatakan Zizan dan juga Fazura bagaikan ‘berperang’ dijawab sendiri oleh Fazura apabila dia memuatnaik gambarnya keluar bersama Zizan. Jika dilihat daripada gambar mereka, sebenarnya seperti tiada masalah langsung di antara mereka.

Setelah pelbagai spekulasi kononnya 2 selebriti paling berpengaruh di Malaysia iaitu Zizan Razak dan Fazura sedang bergaduh, akhirnya segalanya menjadi reda setelah kedua-dua arti ini memuatnaik gambar bersama.

Zizan Razak dan Fazura memuatnaik gambar sedang keluar bersama dengan gelak ketawa di laman sosial Instagram masing-masing.

Gambar dimuatnaik Zizan


Gambar Dimuatnaik Fazura

Gambar ini dimuatnaik oleh mereka berdua serentak, pada masa yang hampir sama iaitu lebih kurang pada jam 1130 malam, 4 Februari 2015.


Mereka berdua juga meletakkan caption yang sama di laman sosial instagram masing-masing.

Ini caption yang ditulis mereka berdua: "Makan gelak makan gelak #LovenotHate"

Nampaknya peminat-peminat Zizan Razak dan Fazura tak perlukan bergaduh lagi. Nampaknya kedua-dua artis ini tidak ada masalah pun.

Tuesday, 3 February 2015

Ibu Tidak Sedar Anak Dilahirkan Bayi Maut Selepas Terseret Di Lantai

No comments :
Henan – Ia merupakan satu kejadian tragis yang amat menyedihkan kepada seorang wanita, Shang Shao, 45, apabila bayi lelakinya meninggal dunia selepas terseret di lantai, ketika wanita itu sedang ditolak dengan kerusi roda untuk memasuki bilik bedah.

Bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tengkoraknya.

Kejadian malang itu berlaku selepas Shang dikejarkan ke hospital apabila air ketubannya pecah ketika kandungan wanita itu berusia tujuh bulan.

Meskipun Shang sudah hampir mahu bersalin, namun doktor mahu melakukan pembedahan caesarean terhadapnya.



Shang kemudiannya diletakkan di kerusi roda untuk dibawa masuk ke bilik bedah, namun dia melahirkan bayi berkenaan ketika berada atas kerusi roda, tanpa disedari jururawat yang terus menolak kerusi roda berkenaan.

Keadaan ini mengakibatkan kepala bayi yang masih terlekat tali pusat itu terseret di lantai.

Hanya selepas melihat kesan darah, barulah mereka mengetahui Shang telah bersalin. Bayi itu dimasukkan ke unit rawatan rapi namun meninggal dunia.

Susulan itu doktor berkenaan yang mencadangkan agar Shang dibedah telah digantung tugas kerana tidak berunding terlebih dahulu dengan doktor senior.

Manakala jururawat terbabit pula telah dikenakan amaran dan diturunkan pangkat kerana membawa pesakit untuk ke bilik bedah dengan kerusi roda.

Bagaimanapun Shang dan suaminya, Pan Mai bertegas untuk mengambil tindakan terhadap hospital tersebut.

Sumber mynewshub.cc

Saya Juga Pernah Membuat Laporan Polis Empat Tahun Lalu - Bapa Nursyuhada

2 comments :
JITRA – Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

“Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

“Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,” katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya.

Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

“Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

“Isteri saya cuba menghubungi anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,” kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi. -BERNAMA

Gambar- Gambar Keadaan Segitiga Bermuda Setelah Kering

5 comments :
Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.














Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.








Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar
daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.



Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal - antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1} Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;

"Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di Madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah  kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {3}
Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {4}

Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang 'hanya perlu' untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang 'tidak pelu' untuk kita lihat. Wallahu A'lam Bishawab.

ps: Fakta mengejutkan yang penulis perolehi selepas menonton dokumentari ini, adalah Tsunami yang melanda sebahagian kawasan di Asia pada tahun 2004 berpunca daripada sebuah 'insiden' di dasar lautan Segitiga Bermuda.

Sumber aku-macjay

Monday, 2 February 2015

Kes Gadis Uitm Dikelar Tukang Masak Direman 7 Hari

No comments :
TAIPING – Seorang tukang masak yang disyaki mengelar seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga mati di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pemuda yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mangsa Norsyuhada Johari, 19, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira jam 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.

- BHarian Online

Diculik Terlebih Dahulu Sebelum Suspek Membunuhnya - Keluarga

No comments :
Pelajar Ipta yang maut dikelar didakwa diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya. Salah seorang ahli keluarga dan rakan Nur Syuhada menghubungi ibunya memaklumkan mangsa dilarikan lelaki berusia 25 tahun

ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunuskan pisau kepada mangsa serta memaksa mengikutnya kira - kira 11.00 pagi

“rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek katanya,” ketika ditemui di unit Foreksik Hospita kuala kangsar, semalam

katanya mangsa dipercayai mengikut suspek kerana mengenali lelaki itu apatah lagi diugut dengan pisau
sebaik rakan mangsa menghubungi ibu Nur Syuhada ahli keluarga kemudian mencari mangsa dan menghubungu telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab

keluarga mengetahui kejadian itu apabila bapanya menghubungi bapa suspek. bapa suspek memberitahu suspek suspek kelar mangsa, sebelum meraka pergi ke balai polis untuk pengesahan katanya

katanya pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu mengenali suspek tetapi bukan pesangan kekakasih

Gambar & Punca Gadis Uitm dikelar

14 comments :
Lapor Utusan Online, Nursyuhada Johari, 20, seorang Mahasiswi UiTM Pulau Pinang yang maut dikelar dalam kereta Proton Perdana dipercayai berpunca daripada masalah hubungan cinta dengan suspek yang juga dipercayai teman lelakinya.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari di Lebuh Raya PLUS dekat Bukit Gantang, saksi melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki (suspek) kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke bahu jalan.



Sementara itu menurut saksi kejadian lain yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya lagi, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata, “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.

Polis tidak menolak punca sebenar kejadian ini adalah masalah percintaan. Bagaimanapun, lapor Berita Harian,  ahli keluarga NurSyuhada menafikan perkara itu walaupun tahu NurSyuhada mengenali suspek berkenaan.

Suspek kini ditahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Boikot Perniaga Cina : Polis Akan Panggil Ismail Sabri

No comments :
Kuala Lumpur – Polis akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi merakamkan kenyataannya berhubung dakwaan meminta supaya pengguna memboikot perniagaan kaum Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tulisan di akaun Twitternya @KBAB51 pada Isnin berkata: @PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) untuk kita rakam percakapannya dalam Isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati.”

Ismail Sabri didakwa mengeluarkan kenyataan pada Ahad menyarankan pengguna supaya menggunakan kuasa sebagai pembeli untuk memboikot perniagaan kaum Cina yang enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, walaupun harga minyak di pasaran semakin rendah.


Paparan skrin status yang dimuat naik di Facebook milik Ismail Sabri/

Sambil menyifatkan masyarakat Melayu sebagai pengguna majoriti, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berpendapat, kuasa yang ada itu seharusnya digunakan untuk memberi tekanan kepada peniaga Cina terbabit.

“Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah…kuasa yang terbesar ada pada pengguna.

“Majoriti pengguna adalah Melayu…Cina adalah minoriti. Kalau Melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga,” katanya menerusi posting di laman Facebook yang dimuat naik pada Ahad.

Saranan itu dilihat berkaitan dengan pengumuman harga baharu petrol RON95 yang kini RM1.70 seliter iaitu penurunan sebanyak 21 sen, manakala RON97 berharga RM2 seliter selepas berlakunya penurunan sebanyak 11 sen. – mStar

Sunday, 1 February 2015

Amar Baharin Berang Dituduh ‘Kantoi’ Undi Diri Sendiri

No comments :
Siapa tak kenal Amar baharin pelakon drama Suamiku Encik Sotong yang ke udara setiap hari isnin. pasti ramai gadis di luar sana terbayang akan ketampanan pelakon yang semakin meningkat naik ini. Hasil lakonan mantap dirinya dalam beberapa drama, Amar dicalonkan untuk 2 kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.


Oleh demikian Amar Baharin muat naikkan gambar Peminat-peminat fanatik mengundi Amar baharin untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Ini maksudnya peminat Fanatik kerana sanggup berpukal- pukal beli surat Khabar hanya kerana hendak mengundi Amar Baharin..


Tapi yang tak syok bunyinya ada pihak mendakwa Amar undi diri sendiri. Malah ada juga yang menganggap tindakan peminat fanatik Amar ini sebagai membazir. seprti contoh


Bagusnya baik simpan duit korang or kasi mak ayah, Ingat jasa mereka..minat retis tak salah. tapi berpada2..jangan marah yer amar.. Pesanan saya, jangan kuat sentap sangat - Peminat


Kenapa artis mesti undi diri sendiri?? bukan ker bakat seseorang itu dinilai oleh individu berlainan? kalau semua artis di Malaysia buat perkara yang sama maka hilangla kualiti seni dan bakat artis - Peminat: 

Untuk mengelakkan peminat dan masyarakat salah erti Amar Baharin tampil menjelaskan perkara sebenar

Penjelasan Amar Baharin:

Siapa Kata saya undi diri sendiri? Kalau tak paham, bertanya.. sebelum comment, fikirKalau saya undi diri sendiri pun apa masalahnya? Bakat artis bukan terletak pada borang ni tu yang rating kat TV sampai 4 juta..Itu baru namanya bakat. Kami berkarya, orang suka, orang tengok

Selain daripada itu Amar Baharin juga menempelak seseorang yang komen negatif tanpa tahu hujung pangkal cerita. 


Lagi pun apa masalahnya Amar Baharin nak undi sendiri? dan Amar juga layak mendapat 2 pencalonan tersebut iaitu Pelakon TV Lelaki dan Gandingan Serasi di Layar berdasarkan bakat yang dimilikinya.

Sebenarnya semua ini atas kesungguhan peminat yang menghargai bakat Amar. Dah orang nak undi, takkan dia nak halang?

Hospital Mencuri Buah Pinggang Pesakit Ketika Pembedahan

1 comment :
CHINA: Malang menimpa Xu Xiuying, 48 setelah terpedaya dengan seoarang doktor di sebuah hospital yang mana telah mencuri buah pinggangnya sebelum dijual organ tersebut kepada sindiket penjualan organ.

Dia dimaklumkan perlu menjalani pembedahan untuk membuang kanser kolon tujuh dan setelah menyedari yang buah pinggangnya dicuri lalu dia mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan pampasan.

Xiu bagaimanapun berdepan dengan masalah kerana dia telah menjalanipembedahan di dua buah hospital dalam tempoh tujuh tahun itu dan tidak tahu doktor  mana yang mencuri buah pinggangnya itu.

Biarpun hakim telah memutuskan bahawa buah pinggangnya dicuri ketika pembedahan dan perlu dibayar pampasan namun nama hospital yang bertanggungjawab untuk membayar pampasan tersebut tidak disebut oleh hakim.

Xia memberitahu, dia hanya menyedari buah pinggangnya itu hanya tinggal sebelah selepas menjalani unian X-Ray akibat sakit di bahagian belakang.

“Saya ingatkan saya dilahirkan dengan hanya sebelah buah pinggang namun selepas jiran saya memaklumkan mengenai skandal pemerdagangan organ manusia, baru saya fikir semula mengenainya,’’, ujarnya.

Harga buah pinggang yang sihat boleh cecah harga sehingga ribuan ringgit sekiranya dijual di pasaran gelap - Siakapkeli

Fazura Nafi Sindir Zizan

4 comments :
Status di Twitter yang dimuat naik pelakon jelita Fazura sejurus tamat program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) minggu lalu tidak dituju kepada anggota Virus, Zizan Razak, sebaliknya lebih kepada pendapat secara umum.

Sebelum itu, ramai yang mengaitkan status itu sebagai sindiran buat Zizan yang mencelah ketika Fazura memberikan komen dan ia dilihat sebagai tindakan biadap.

“Saya tak kisah pun dengan tindakan Zizan itu. Mungkin lumrah dan karakter pelawak memang begitu.

“Cuma saya terfikir, jika Zizan tidak boleh menghormati tugas saya sebagai juri dan masih melihat saya sebagai kawan-kawannya hingga tidak mahu mendengar komen, saya mungkin berasakan saya tidak layak berada di situ.

“Sekurang-kurangnya benarkan saya habiskan komen saya dulu,” katanya.

Fazura berkata, bukan mudah untuk menjadi juri serta memberikan markah kepada peserta apatah lagi yang bertanding terdiri daripada pelawak berpengalaman.

“Jadi, malam itu sebelum tidur saya memuat naik status itu selepas menerima banyak maklum balas yang menegur sikap Zizan. Saya lakukannya sebagai satu peringatan bagi sesiapapun termasuk diri saya,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro pada Selasa lalu melaporkan Zizan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan tindakannya itu.

Selain itu, Zizan juga dikecam kerana dianggap semakin sombong dan tidak sensitif ketika melakukan persembahan dalam MLM2014, Jumaat lalu.

Jenaka Zizan dan Virus dilihat seperti mempersendakan penyanyi Dayang Nurfaizah dengan penggunaan istilah hitam manis dikritik peminat yang menganggap ia keterlaluan dan tidak sensitif.

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura terus melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Selepas dua tahun mengusahakan label pakaian sendiri iaitu House of Doll, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu melancarkan pula produk pelangsingan menerusi syarikat miliknya Doll Domination Sdn Bhd.

Maklumat lanjut mengenai produk berkenaan boleh layari laman web www.dolldomination.com.my.  – HMetro