Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Sunday, 8 February 2015

Ibu Kumpulan Zero Pengsan Lihat Anaknya Menang #MLM2014

6 comments :
Emak Zero pengsan sejurus selepas menonton kemenangan anaknya di rumah mereka di Kudat. Emaknya yang menonton rancangan itu secara LIVE bersama penduduk kampung yang lain jelas sekali terkejut bila Zero diumumkan sebagai pemenang.


Emak Zero dibantu oleh penduduk kampung selepas pengsan melihat Zero menang (gambar).

Juara MLM 2014, kumpulan Zero memberitahu bahawa hasil wang kemenangan mereka yang bernilai RM 500,000 itu akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah, dan seterusnya akan digunakan untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.

“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif sambil berseloroh.

Sementara itu, dalam satu temubual di radio Era FM, kumpulan Zero mengesahkan kisah lawak yang dipaparkan sewaktu tema muzikal di pentas final adalah realiti kehidupan meraka.

Syaiful telah bekerja menyara keluarga setelah ayah mereka tidak ada dan kemudian Atu pula menyara keluarga setelah mereka menyertai Raja Lawak.

Sewaktu itu, memang susah nak dapat job bertiga, hanya Atu sahaja lebih menonjol dengan menyertai beberapa rancangan seperti Fear Factor, Kauter Kaboom dan HavocWarna.

Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan untuk memancing pengundi. Baginya mereka sekiranya tidak bergelar juara, mereka tetap mahu untuk menunaikan hajat keluarga.

Kini setelah bergelar juara, mereka merancang untuk menetap di kuala Lumpur.

6 comments :

  1. Tahniah. Terharu baca. Allah tahu niat kita. Tiada yg mustahil....

    ReplyDelete
  2. aku fans sepahtu :)

    just nak cakap ..korang mmg layak menang!! terbaik ooo sampai aku pun nangis...korang mmg layak mendapat GELARAN MAHARAJALAWAK2014! teruskan dan melati kau antara yg terbaik..last perfome korang...i can see atu menangis...saje die tarik muka ke bawah...biar kita susah tp kita berusah merupa kesusahan kita...bangga dengan SABAH bah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg Sy, Zero xpancing undi pon. Tugas media memang nak tau asal usul kehidupan mereka. Zero ni sy tgk...1 kumpulan yang jujur.. mmg diorang layak JUARA. Pd mereka yg kata Zero pancing undi, org tu iri hati la kot. Ape? Ingt Malaysia ni pandang rupa n kemewahan je ke? Orang2 Malaysia da pandai menilai. BAKAT ITU JAUH LAGI PENTING DR RUPA.skian.babaii

      Delete
  3. Hentikan Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi !
    Nak tahu kenapa?, tengok gambar ini.
    >> Klik untuk lihat gambar << GAMBAR

    ReplyDelete