oomedianetwork

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Terkini

Dalam Negara

Luar Negara

Selebriti

Islam

Seram

Sunday 8 February 2015

Ibu Kumpulan Zero Pengsan Lihat Anaknya Menang #MLM2014

5 comments :
Emak Zero pengsan sejurus selepas menonton kemenangan anaknya di rumah mereka di Kudat. Emaknya yang menonton rancangan itu secara LIVE bersama penduduk kampung yang lain jelas sekali terkejut bila Zero diumumkan sebagai pemenang.


Emak Zero dibantu oleh penduduk kampung selepas pengsan melihat Zero menang (gambar).

Juara MLM 2014, kumpulan Zero memberitahu bahawa hasil wang kemenangan mereka yang bernilai RM 500,000 itu akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah, dan seterusnya akan digunakan untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.

“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif sambil berseloroh.

Sementara itu, dalam satu temubual di radio Era FM, kumpulan Zero mengesahkan kisah lawak yang dipaparkan sewaktu tema muzikal di pentas final adalah realiti kehidupan meraka.

Syaiful telah bekerja menyara keluarga setelah ayah mereka tidak ada dan kemudian Atu pula menyara keluarga setelah mereka menyertai Raja Lawak.

Sewaktu itu, memang susah nak dapat job bertiga, hanya Atu sahaja lebih menonjol dengan menyertai beberapa rancangan seperti Fear Factor, Kauter Kaboom dan HavocWarna.

Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan untuk memancing pengundi. Baginya mereka sekiranya tidak bergelar juara, mereka tetap mahu untuk menunaikan hajat keluarga.

Kini setelah bergelar juara, mereka merancang untuk menetap di kuala Lumpur.

Bayi Hamil Anak Kembar Ketika Lahir

No comments :
Beijing – Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir.

Bayi yang dilahirkan pasangan di Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong itu dilaporkan harus menjalani pembedahan selepas berusia tiga minggu untuk membuang ‘anaknya.’

Janin kembar yang dikandung dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Jurucakap hospital berkata, kedua-duanya anak bayi itu dilitupi kulit, dengan satu mempunyai berat 14.4 gram dan satu lagi 9.3 gram.

Bagaimanapun, kedua-dua janin mempunyai tali pusat berasingan.

Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil, malah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Secara purata, keadaan seperti itu dilaporkan berlaku satu bagi setiap 500,000 kelahiran di dunia, tetapi 200 kes daripada itu saja yang didedahkan.

Sehingga kini doktor masih belum berjaya merungkai misteri punca bayi terbabit menghamilkan anak kembar itu.

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Yu Kai-man, ia hampir tidak boleh dikesan ketika pemeriksaan pranatal kerana saiz embrio dalam bayi itu amat kecil.

“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya. – Agensi

Gambar Comel Baby Bump Pertama Lisa Surihani

1 comment :
Akhirnya penantian pasangan suami isteri Lisa dan Yusry untuk menimang cahaya mata pertama mereka akhirnya di kabulkan apabila Lisa sah hamil.

Berita Lisa Surihani hamil benar-benar memberikan khabar gembira kepada seluruh peminatnya malah rakan artis juga turut tumpang gembira. Bila bakal bergelar ibu ni, Lisa Surihani makin berseri-seri

Tapi dalam masa yang sama, keterujaan tersebut bagaikan tak lengkap kerana Lisa masih belum mendedahkan usia kandungannya. Malah, berita gembira itu juga tidak dikongsikan secara terperinci bersama peminat.

Kalau ibu mengandung yang lain tak sabar nak berkongsi setiap detik dan gambar sewaktu mengandung, tapi Lisa nampaknya tak berbuat demikian. Mungkin belum lagi.


Terima kasih kepada Sharifah Amani yang memuat naik sekeping foto terbaru Lisa menunjukkan baby bumpnya di Instagram petang semalam.

" Glowing. Just as she should. 
May you be blessed with health, peace and tranquility throughout. Mudah mudahan Allah setuju. Much love @iamlisasurihani"



Memang comel baby bump Lisa Surihani, agaknya lelaki ke perempuan yer? yang penting pasti comel seperi ibu dan ayah mereka.

Majoriti peminat pun dapat lihat baby bump yang comel tu, Tak lama lagi lengkaplah hidup Lisa sebagai seorang wanita sejati. Hihi!

Apapun tahniah dari kami untuk Lisa & Yusry, mesti berdebar-debar menunggu kelahiran anak pertama mereka selepas 3 tahun menunggu.

Jangan Lupa Janji Kepada Keluarga - Pesan Sepahtu

No comments :
Walaupun Sepahtu gagal untuk mempertahankan gelaran sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) tetapi persembahan mereka pada malam akhir kelmarin patut diberikan kepujian kerana persembahan mereka cukup bersahaja dan menghiburkan.

Kemenangan yang berpihak kepada kumpulan Zero yang dikatakan sebagai underdog ditepis oleh Jepp kerana baginya (Jep) tidak ada istilah underdog dalam MLM kerana baginya sesiapa yang memberikan persembahan terbaik pada malam itu patut diberikan pujian dan kemenangan.
Sepahtu berjaya mendapat tempat kedua di pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Juara pula jatuh kepada Zero.

Ramai tertanya-tanya bagaimana hubungan Sepahtu dengan Zero dan apa komen Jep dan Shuib tentang Zero.

Jom baca komen Sepahtu tentang kemenangan Zero. (SinarHarian)

JEP:

“Sebelum ini pun mereka ada berjumpa saya dan bercerita mengenai hasrat mereka sekiranya dinobatkan sebagai juara.

“Bagi saya, kemenangan mereka adalah sesuatu yang tepat kerana ia adalah di saat mereka sangat memerlukan wang kemenangan tersebut.

“Apapun, mereka memang layak bergelar juara kerana mampu memberikan persembahan terbaik setiap minggu,”

SHUIB:

“Kami pernah merasa pengalaman menjadi juara sebanyak dua kali. Rezeki kami pun setakat ini sudah cukup baik untuk kami menampung kehidupan keluarga.

“Biarlah kali ini mereka yang lebih memerlukan pula menerima manfaat daripada gelaran juara itu,”

Hubngan Sepahtu dan Zero amat baik dan rapat di luar pentas Maharaja Lawak Mega.

Di instagram pula, Shuib dan Jep juga ada mengucapkan tahniah kepada kumpulan Zero selain akui mereka memang lebih layak menang dari Sepahtu.

Sepahtu terpaksa akur dengan keputusan juri yang memihak kepada Zero. Zero berjaya mendapat 5 bintang di kedua-dua persembahan di pentas final, manakala Sepahtu mendapat 5 bintang untuk tema bebas dan 4 bintang untuk tema muzikal.

Namun yang menyedihkan, Sepahtu dijangka menarik diri dari pertandingan MLM musim akan datang. Terlalu penat dan juga ingin berehat dikatakan faktor utama keputusan itu dibuat Sepahtu.

Friday 6 February 2015

Balas Dendam Raja Jordan Ketuai Skuadron Tentera Udara Musnahkan IS

No comments :
AMMAN — Seumpama filem Independence Day, kematian tragis Leftenan Muath Safi Yousef al-Kasasbeh membuat Raja Jordan, Abdullah Hussein berasa amat murka dan berikrar akan segera membalas dendam ke atas militan ekstrem Daulah Islamiyah (IS).

Secara kebetulan seperti filem epik Hollywood pada 1996 itu, Raja Abdullah memang pernah menjadi juruterbang jet tempur tentera udara diraja Jordan (RJAF), malah akan memimpin sendiri serangan balas terhadap IS di Syria, lapor media tempatan.

Ia bahkan kebetulan menyerupai salah satu babak filem itu apabila Presiden Thomas Whitmore lakonan aktor Bill Pullman mengetuai skuadron tentera udara Amerika Syarikat (AS) menyerang kapal induk makhluk asing yang berlabuh di ruang angkasa bumi.

Muath Safi Yousef al-Kasasbeh
Perkara mengejutkan itu disahkan sendiri bekas jeneral tentera Jordan yang secara tidak sengaja berkata, Raja Abdullah, 53 tahun; bersiap siaga untuk memimpin serangan besar-besaran RJAF sebagai membalas kematian tragik allahyarham Muath, 26 tahun.

Mantan jeneral yang enggan dikenali itu berkata, Raja Abdullah secara serius memetik ungkapan popular yang diucapkan bintang Clint Eastwood dalam salah satu filemnya, Unforgiven pada 1992 ketika melakukan lawatan rasmi ke AS awal Februari lalu.

Raja Abdullah segera memendekkan lawatan tersebut setelah dimaklumkan Muath yang ditawan IS pada 24 Disember tahun lalu kemudian secara zalim dibakar hidup-hidup pada 3 Januari sebelum rakaman video kejadian itu disebarkan kepada umum.

Allahyarham Muath yang menyertai RJAF selepas tamat latihan di Kolej Udara Raja Hussein pada 2009 ialah juruterbang elit F-16 Skuadron No.1 di pangkalan udara Muwaffaq Salti dan berkahwin dengan jurutera Anwar al-Tarawneh pada 2014.

Seorang anggota Kongres AS dari California, Senator Duncan Lee Hunter memberitahu akhbar Washington Examiner yang melaporkan Raja Abdullah mengajuk ayat Eastwood: “Semua orang yang saya lihat di sana, saya akan bunuh mereka,”

“Setiap musuh yang menembak saya, saya tidak hanya akan menembak mereka, malah saya akan bunuh isterinya, teman-temannya dan membakar habis rumahnya,” ujar Hunter meniru gaya bersahaja titah Raja Abdullah ketika berada di Washington DC.

Kebetulan pula jelas Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera AS di Kongres itu, pada malam 3 Februari, baginda bertemu Presiden Barack Obama, beberapa jam setelah video pembunuhan Muath disebarkan menerusi laman internet ke seluruh dunia.

Selepas melakukan perbincangan, dua pemimpin itu bertekad memperluaskan strategi memerangi IS yang masih menguasai wilayah cukup luas di Iraq dan Syria serta kian menghampiri Arab Saudi bagi menghancurkan Kaabah, kiblat umat Islam di Makkah.

Obama berjanji, Washington DC akan meningkatkan bantuan tahunan kepada Amman sehingga AS$1 juta (RM3.6 juta) untuk menolong negara Arab itu memusnahkan IS yang semakin zalim membunuh ramai tawanan tidak berdosa. – Agensi

Berhenti Siarkan Gambar Saya Tidak Bertudung - Shila Amzah

1 comment :
Penyanyi Shila Amzah hari ini mendesak pihak yang masih menyiarkan foto dan videonya tidak berhijab berhenti berbuat demikian.

Shila yang mula berhijab sepenuhnya sejak 2012 terpaksa menyuarakan pendirian tersebut setelah ramai pihak masih menyiarkan foto dan video dirinya tidak bertudung di laman sosial.

Selain daripada itu hila Azmah telah memberi amaran kepada pihak yang sering memuatnaik gambar dan video dirinya tidak memakai tudung dan membuka aurat.

Shila Amzah dilihat agak berang dan annoying kerana gambarnya tidak bertudung di upload dan dirinya di tag ke gambar tersebut.

Shila Amzah juga meminta orang ramai dan juga peminat menghormati privasinya dan penghijrahannya yang kini sudah bertudung.
Ini komen Shila Amzah:

Videos and photos before hijab,gotta really STOP.. Stop posting,and airing me without the hijab.. Who ever who tag me with those photos again..Will be blocked immediately. Kena belajar respect privacy org yang dah berhijab.

Amaran Shila Azmah ini sememangnya wajar dibuat kerana memang ramai yang masih memuatnaik gambar dirinya sewaktu tidak bertudung.




Thursday 5 February 2015

Kisah Sayu Dan Teladan Dari Kumpulan Zero

6 comments :
kumpulan Zero yang mencetus kejutan apabila dapat beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey.

Kumpulan Zero merupakan peserta finalis Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) 2014 dari Sabah yang boleh dikatakan paling underdog.

Zero terdiri dari 3 orang adik-beradik iaitu:

1) Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful), 25 tahun
2) Mohd. Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif / Kadir), 23 tahun
3) Sharid Kunal Doli Sharif (Atu), 21 tahun

Realiti kehidupan Zero sememangnya boleh menjadi pengajaran. mereka sememangnya berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah.

Ayah mereka merupakan seorang yang cacat penglihatannya dan telahpun meninggal dunia. Mereka juga akui kurang berpelajaran dan hanya pertaruhkan bakat yang sedia ada sahaja.

Dengan itu Kadir juga telah berhenti belajar di tingkatan saru kerana kesempitan wang dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.

Jom baca kisah dari kumpulan Zero: -KOSMO

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.

Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami.

Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa. Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak.

Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.

Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2014. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.

Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.

Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami.