Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Monday 12 January 2015

Apabila Pelumba Nascar Menjadi Pemandu Teks

No comments :
APAKAH perasaan anda sekiranya video yang dihasilkan dengan segala titik peluh yang ada dipertikaikan keasliannya, malah dituduh sengaja membuat aksi yang palsu pula. Perhh.. siapa je yang tak panas kan?

Itulah yang terjadi setahun lalu terhadap penumpang teksi ini yang juga seorang penulis, dalam sebuah laman berkenaan kereta, Jalopnik.com.

Travis Okulski telah mempersoalkan keaslian sebuah video oleh Pepsi berkenaan pandu uji kenderaan Chevrolet Camaro. Dia telah memperkecilkan usaha-usaha pemandu dan pembikin video tersebut dalam artikelnya.

Baginya, video itu adalah satu lakonan semata-mata, mustahil untuk dilakukan dalam kehidupan sebenar.

Namun, apa yang terjadi padanya dalam video ini bagaikan satu dejavu!

Apa yang telah berlaku di dalam video pandu uji sebelum ini, itulah juga yang telah berlaku pada dirinya.

Jeff Gordon, lagenda Nascar yang dikatakan telah membuat video aksi ‘palsu’ seperti yang dikatakan Travis Okulski sebelum ini, telah menyamar sebagai pemandu teksi.

Dia ingin membuktikan kepada penumpang teksi tersebut, yang pernah mempertikaikan kredibilitinya sebagai pemandu Nascar dengan mengatakan semua aksi dalam video itu adalah 100 peratus palsu.

Cuma bezanya kali ini, ia berlaku menerusi adegan kejar-mengejar bersama polis dengan aksi pemanduan yang menjadi tidak keruan lantaran Jeff Gordon mendedahkan kepada Travis bahawa dia juga sebenarnya seorang ‘bekas banduan’ yang lari dari penjara.

No comments :

Post a Comment