Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Wednesday, 14 January 2015

Awie Temui Barang Khurafat di Rumah Ukay Bestari Ampang

2 comments :
Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini (Selasa), satu dakwaan mengejutkan dilakukan pihak vokalis kumpulan Wings, Awie terhadap isterinya, Rozana Misbun.

Menurut peguam Syarie yang mewakili penyanyi itu, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, anak guamnya mempunyai bukti konkrit terhadap dakwaan bahawa Rozana mengamalkan ilmu syirik, khurafat dan tahyul.

Menurut portal MStar, dakwaan tersebut dibuat setelah Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menemui beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang.

Jelas Mohd Zaidi lagi, antara barang yang ditemui adalah darah, rambut, serta tulang yang diletakkan dalam botol kecil. Selain itu, sebuah patung ke-maluan lelaki diperbuat dari emas tulen turut dijumpai bersama patung logam Buddha.

Bukan itu sahaja, tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain turut dibungkus dalam kain berwarna sama dijumpai pemohon (Awie).

“Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.

Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga serta disembunyikan di dalam rak barang perhiasan di ruang tamu,” ujarnya lagi.

Dakwaan tersebut dinyatakan Mohd Zaidi ketika sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukakan Rozana pada 8 Ogos tahun lalu.

Dalam penghujahan sama, Rozana selaku responden turut dikatakan telah membuat pengakuan terhadap Awie bahawa dia menggunakan botox dan memakai susuk bagi tujuan mengubah wajahnya.

Menurut Awie selaki pemohon, prosedur berkenaan telah dijalani Rozana tanpa pengetahuan dan kerelaannya sebagai suami yang sah.

“Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan membelanjakan wang simpanan pemohon yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna serta banyak lagi tanpa izin pemohon.”

Peguam Awie turut mendakwa, selaku ibu, Rozana tidak mengambil berat terhadap kebajikan anak-anak, malah mereka sendiri mengadu perihal tersebut kepada Awie selain dari menyerahkan tugas menjaga kepada pembantu rumah andai Awie tidak berada di rumah.

Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Rozana, Jamal Lokman Mohd Sulaiman berkata, alasan yang dikemukakan pihak pemohon (Awie) terhadap kes itu lebih bersifat masalah antara suami isteri yang tidak melibatkan kebajikan anak-anak.

Selain itu, tuduhan bahawa Rozana mengamalkan ilmu karut tidak dapat disahihkan kebenarannya.

Hakim Syarie, Mohd Amran Md Jais menangguhkan keputusan kes berkenaan pada Rabu depan.

Pada 21 Julai 2014, hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak hasil perkongsian hidup bersama Rozana diberikan kepada Awie

Sumber mynewshub.cc

2 comments :

  1. I FOUND A CLASH OF CLANS GEMS GIVEAWAY! http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Everybody uses this now! (WvMqzveyCK)

    ReplyDelete
  2. I cant believe I found this just now: http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Best players use this!! (mBQ2779EMP

    ReplyDelete