Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Monday 19 January 2015

Bukan rezeki saya - Aweera

No comments :
Kini nama Caliph Buskers meningkat naik ekoran kejayaan mereka bersama kumpulan Mojo di pentas Anugerah Juara Lagu 29 Ahad lepas.

Nyanyian lagu Romancinta oleh Azmi dari Caliph Buskers berjaya mendapat standing ovation pada pertandingan tersebut.



Edry juga diangkat naik setelah berani memperkenalkan Caliph Buskers dari penyanyi jalanan ke pentas profesional dan berprestij.

Disebalik itu, ramai yang tertanya-tanya apa reaksi Aweera setelah melihat Caliph Busker menggatikannya di AJL29.

Jom lihat statuss Aweera di laman sosial:

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikulnya..Kunfayakun..semuanya sudah tertulis..

Thanks semua..saya sungguh terharu kpd yg memberi smgat kpd saya.. Saya salute caliph busker..ALLAH maha besar..

Walaupun sedih kerana tidak dapat menyanyikan lagu Romancinta diAJL29 namun Aweera tetap salute dengan Caliph Busker.

“Saya ucapkan tahniah kepada Mojo dan Caliph Buskers kerana persembahan pada malam ini (kelmarin) sangat hebat.

“Apa yang lebih mengejutkan saya, bila mendengar sendiri keupayaan vokalis Caliph Buskers yang mampu membawakan lagu RomanCinta dengan baik. Saya memang kagum dengan bakatnya yang luar biasa.



Sumber hotlips-yuya

No comments :

Post a Comment