Monday, 12 January 2015
Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop, Didenda RM1,000 atau Penjara 6 bulan
Gadis-gadis berkenaan terpilih untuk naik ke pentas dan melakonkan adegan yang agak romantik meskipun sudah ditanya terlebih dahulu kerelaan mereka oleh pihak penganjur.
Semalam, beberapa keping gambar mengenai ibu kepada salah seorang gadis itu yang kelihatan amat kecewa dengan perbuatan anaknya menjadi viral di laman media.
Tidak berhenti setakat itu, kontroversi aksi panas tersebut semakin memuncak apabila pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan tegas walaupun penganjur telah menyatakan permohonan maaf semalam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan ekoran kejadian itu dilihat mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia.
"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29, Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan tidak sopan di tempat awam. Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," ujarnya.
Menurut Paimuzi, akta itu menjelaskan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah menjadi satu kesalahan.
"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," terang Paimuzi.
JAWI akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
News title misleading, u should be charged for sedition
ReplyDeleteSO SEKARANG KALAU NI http://assets.bharian.com.my/images/articles/KONSERT_AKHIR_GEGAR_VAGANZA1.transformed.jpg
ReplyDeleteDIBENARKAN LAH ATAS NAMA PERSEMBAHAN? PERBUATAN TIDAK SOPAN DI KHALAYAK RAMAI? LOL! ACARA YG BUDAK2 TU PERGI SATU MAJLIS TERTUTUP.
SEKARANG YANG PATUT KENA SAMAN ORANG MACAM SI IFA RAZIAH NI SEBAB APA YANG DIA LAKUKAN NI LIVE LAGI, KELUAR TV. SO NI TAK MEMALUKAN ORANG KITA LA(?) KALAU IFA RAZIAH DIBERI KEMAAFAN DENGAN HANYA MENANGIS DEKAT TV MINTA MAAF THEN WHY CANT THEY GIVE CHANCE TO THE GIRLS UNTUK MINTA MAAF DAN EXPLAIN WHAT HAPPEN IN THEIR PART?
Kesian budak2 ni kena denda...ifa raziah yg pegang2 time buat persembahan tu napa xddenda skali...
ReplyDeleteDouble standards.. lau mcm ni pelakon2 sume harus didenda. Pegang2, cium dahi la, pelok2 la... JAKIM n JAWI pls look into dis matter. Tak kira berlakon atau tidak, tetap tidak sopan. Satu m'sia dan negeri lain tonton cerita dorg. Juz bcoz dorg artist n lakon saje means its ok? Crap! Makin lama makin teruk lakonan nk ikot mcm org barat...
ReplyDeleteAkhir zaman..mmg la akan brlaku mcmni. Excited da mnguasai diri..harga diri da murah sgt. Sapa2 yg bcita2 nak jd selebriti mcm artis tu pkir 2 3 kali la byk lg profession lain yg lbih halal. X yah nak peluk2, cium2, pegang2 yg bukn muhrim. Elakkan berlakunya bala..krna yg x bsalah pun akan tkena tmpiasnya.
ReplyDeleteBagus benar Jawi ambil tindakan..buat pengajaran kepada orang lain..
ReplyDeleteKami juga mahukan artis2 yg tak sedar diri pelok2 dalam drama dlm filem tu pn didenda jugak!
ReplyDeletesaya setuju cadangan ini..
Deleteni yang dok mempersoalkan ni mesti Kpopers jugak ni hahahahaha
ReplyDeletebengap sungguh budak2 kpop nih keh3
ReplyDeleteGuys, look yourself as malays in mirror please. Why Malaysian can hug and etc at tv , islam teach you to forgive each other isn't it ? If you can forgive some actor, actress, models and etc , why not your own religion ? check your on self la, I know I'm not perfect in my ibadah's yet , but I know how to forgive people, those kpoppers who just extreme in that concert can ask forgiveness from God . Allah MAHA PENGAMPUN bukan ? kenapa manusia tidak boleh mengampun ?
ReplyDeletei am muslim...i don't think punish them will get good reward..but you have to give some motivate..Malaysia is the best country to make decision for criminal...but if you want to punish them because of this issues why not you also punish other people??many bad social outside in our country..ISLAM TEACH US TO TEACH NOT PUNISH..hukuman hanya menampakkan kelemahan..
ReplyDeleteMacam ni elok la jadik pole dancer. Kena denda pon RM25 jaa
ReplyDeletemcm nilah jadinya klu amal islam celop2
ReplyDeleteskrang trand salaman yg peluk cium pipi ramai dah org Islam nie..bkn di kpop nie ajer dmerata rata boleh nampak dah napa tak dibentras dan di kuat kuasakan oleh pihak berwajib..pergilah kelab kelab malam tgk berapa ramai dan jadi gitu..
ReplyDelete