Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Monday, 26 January 2015

Penjelasan Saari Amri Mengenai Tweetnya Antara Zamani dengan Datuk Siti Nurhaliza

No comments :
Menerusi kenyataannya di portal Malaysian Digest, “Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya banyak menghabiskan masa dengan dia.

“Pernah satu ketika saya bertanyakan kepada dia mengapa dia jadi begitu, nasihatkan dia melupakan Siti dan jalani hidup dengan lebih baik tapi Zamani seorang yang sangat setia.

“Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet‘ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul. Ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu,

Saari memberitahu, dia tidak berniat mencetuskan apa-apa isu sebaliknya ia timbul atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa vokalis kumpulan Slam itu.

No comments :

Post a Comment