Saturday, 24 January 2015
Saya Minta Maaf Pada Jurugambar Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Siti Nurhaliza
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan, dakwaan zamani memaki jurugambar yang mengambil gambarnya ketika ditahan
"Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.
"Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit," ujarnya ketika ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.
"Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian. Zamani memilih untuk tidak mengulas perkara yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjerumus dengan gejala dadah itu.
"Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima," ujarnya.
Zamani turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan memberi sokongan moral untuk dia pulih.
"Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.
"Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu," ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment