Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Tuesday 27 January 2015

Saya Tak Tahu Pula Dia Tak Boleh Bergurau Kasar - Mas Idayu

8 comments :
Mas Idayu menganggap tindakannya mencekik dan menyerang pengacara belakang pentas Mentor Legend, Zuan Azmi hanyalah gurauan semata-mata.

Walaubagaimanapun Mas Idayu tidak menyangka perkara itu diambil serius Zuan yang juga wartawan rancangan hiburan popular.

"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar.

"Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.

"Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun," katanya.



"Semalam (Isnin), saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya. “Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.

"Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia? Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat," katanya.

Buat Zuan, jangan terlalu menyangka diri itu terlalu profesional sehingga begitu berani menyelar orang lain sesuka hati. Sesekali diri sendiri 'diterjah' oleh artis, baru rasa penangan sakit hati. Ini kali, Zuan makan hati dengan edisi bikin panasnya sendiri.

Mas Idayu memberitahu, dia ada menghubungi Penerbit Eksekutif Mentor Legend, Muhd Sufian Isa untuk meminta  maaf kepada Zuan. -Sinar

8 comments :

  1. Bagi aku Mas Idayu yang tak boleh kena gurau kasar, siap ada parodi lagi haha
    PARODI MAS IDAYU LAWAK

    ReplyDelete
  2. sabar lh kak.. biar tuhan yang membalas.. dia sndiri pun
    tak profesional...

    ReplyDelete
  3. Yg...gi sentuh blakang org tu kenapa....? Kan dah kena cekik....

    ReplyDelete
  4. apa2 pon...mas idayu...mantoppppppppp

    ReplyDelete
  5. hahahaha.... kan dh kena kat batang hidung sendiri... tu bru kena tolak n kena cekik.. klu kne simbah asid?? x ke sia2.. tu la lain kali nak interview org tutur kata tu biarlah sedap di dgr.. nak sgt jd pengacara bikin panaskan?? now mendapat la.. best tak?? ape rse?? xyh jd pengacara bikin panas la klu hati tu cepat panas.. pppuuiihhh

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. I THINK MR ZUAN AZMI HAVE TO RECONSIDER OR RECAP BACK YOU JUST SAID ABOUT S ITUATION HAPPENING DURING THE PROGRAMME WERE TAPPING AND RUNNING ON AIR , EVERYTHING JUST OCCURRED WITHOUT MAS IDAYU REALISED IT ONLY A JOKE OR JUST ROGUE ACTING , I BELIEVE AS A PRESENTER THAT ALREADY WORKING QUITE LONG ENOUGH WITH TV3 , YOU, YOURSELF COULD HOLD BACK ANY GRUDGE FEELING AGAINST MAS IDAYU ACTION DURING THAT .TIME AND MOMENT, PLZZ TAKE A CLOSE STUDY LOOK ON HOW DATO AZNIL HJ NAWAWI WAS HANDLING SITUATION LIKES THIS DURING LIVE TELECAST ON TV WITH MANY2 EXAMPLES TO RECAP WITH ............YOU SUPPOSED TO BE VERY VERY CALM NOT SO MESS UP WITH A LOT OF DIRTY WORD TOWARD OTHERS CELEBRITIES YOU HAVE HAD MET ALONG THE WAY OK

    ReplyDelete
  8. aku suka sgt mas kau buat mcm tu pada zuan poyoss itu..sbb aku dari dulu lagi mmg tak suka dan panas sgt dgn mamat yg badget hensem tu dan profisional sgt ker mamat rambut sejemput tu.,..kalau dia terjah org dann bikin org panas org diam ajer..mungkin dia tak kenal dan tak rapat dengan mas idayu sapa yang betul rapat sahaja yang tahu perangai mas idayu yang mmg suka melawak kasar tetapi dia artis yang baik hati dan peramah serta tak sombong mcm mamat tu.. mas u the best..kalau buat lawak boleh buat aku terkentut..kenangan yang tak boleh dilupakan di ARTIS KELAB dulu dulu..u the best artis yang aku kenali yang tak sombong mcm setengah artis artis lain yang baru top suam suam kuku belagaknya dah mcm star yang dah top giler..sama lah mcm zuan jumpa kat mana mana muka mengalahkan artis top..porahlah lu mamat..aku tgk mentor pun sbb adanya mas idayu...dan ketahuailah oleh kau zuan..tanpa artis mcm mas idayu tu rasanya mentor tak akan dapat sambutan dan rating pun tak sampai target TV3..jgn pasal mulut kau ramai org tambah lagi benci dan tak suka dengan kau (Zuan)..aku tetap akan support mentor sekiranya mas idayu sentiasa ada itu sahaja..tq







    ReplyDelete