Monday, 19 January 2015
Wanita Terkejut Gambar Terkencing Dalam seluar Jadi Iklan Rumah Hantu
Dalam iklan berkenaan, Spookers memberitahu sekurang-kurangnya lima orang akan terkencing dalam seluar setiap hari.
Wanita berkenaan yang enggan namanya didedahkan, mendesak Spookers mengeluarkan imej memalukan itu selepas rakannya mengusiknya apabila mengenali baju yang dipakainya.
“Kami berada di rumah hantu di situ dan kami ketawa hinggakan dia hilang kawalan dan terkencing.
“Dia kemudiannya melihat gambar berkenaan dalam Facebook dan tidak gembira dengannya,’’ kata salah seorang saudara wanita tersebut.
Dalam pada itu, Spookers memaklumkan pihaknya telah berbincang dengan wanita tersebut mengenai perkara berkenaan dan mencapai kata sepakat di mana gambar itu boleh digunakan.
“Spookers amat menghargainya kerana diberikan kebenaran untuk terus menggunakannya. Kami bagaimanapun meminta maaf kepadanya,’’ demikian penjelasan Spookers selepas mendapat kebenaran wanita itu selepas penjelasan diberikan.
Sumber mynewshub.cc
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment