Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Sunday 1 February 2015

Afdlin Shauki mempersoalkan Gelaran 'Datuk' Kepada Jackie Chan

12 comments :
SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Afdlin Shauki hari ini mempersoalkan kelayakan Jackie Chan susulan penerimaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa itu, hari ini.

Ini kerana Afdlin berkata, adalah lebih baik jika gelaran itu diberikan kepada rakyat Malaysia yang bertungkus lumus serta bergadai nyawa semasa banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini.

Menurut Afdlin, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.

“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.


Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.

Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.

Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Antarapos.

sumber mynewshub.cc

12 comments :

  1. Yep, aku setuju. Ramai lagi orang Malaysia yang lebih layak, kenapa nak bg org luar.
    Ooooo...Nak jaga hati orang cina? haha

    FAZURA NYANYI KALI PERTAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Menaikkan nama Malaysia dalam filem Police Story 3 (First Strike)
      - Memasukkan kenderaan (Proton Saga & Wira) Malaysia dalam scene perlumbaan dalam filem Thunderbolt.
      - Memasukkan tentera kita dalam filem Who Am I.
      -Jackie Chan Fundation kat KL

      Ni je la yg aku tau sumbangan dia..

      Delete
  2. hahah..bash org yg lagi bagus dari dia..jeles sendiri tak dpt gelaran datuk..kesian

    ReplyDelete
  3. inilah namanya malaysia .. gila pangkat dan darjat ! boodooohhh!

    ReplyDelete
  4. tak payah nak mempersoalkn gelaran urg lain.. cemburu diri sendiri tak tak dapat..
    fikir secara positif.. bukn negatif..

    ReplyDelete
  5. ape sangatlah gelaran datuk tu disisi Allah SWT. *ustaz internet *lariiikkk >_<

    ReplyDelete
  6. ni la org melayu...bodo xda ilmu..jackie chan dlu ada prnh shooting filenm kt kl time 90an n trus bw malaysia ke mata dnia...dye yg prommote malaysia masa tu...

    ReplyDelete
  7. bagi sesiapa yang belum tahu berkaitan jacky chan . untuk makluman jacky telah membuat sumbangan yang besar kepada rakyat malaysia dengan menyediakan yayasan jacky dengan membantu pesakit buah pinggang . dgn menyediakan kemudahan pusat hemeodialisis . kalau tak percaya geogle jacky foundation. pusat tu ada kat kl. cuma kita yang tidak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. tiadabayaran dikenakan . free of charge. bagi sesiapa yang ada keluarga sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan boleh cari. jacky foundation.. selidik dulu sebelum memgeluarkan komen komen yang mengkhinzir buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afdlin ada buat ape ye? Maharaja lawak sedang buat lawak yang tak de sape nak gelak macam pelak.

      Delete