Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Sunday 1 February 2015

Fazura Nafi Sindir Zizan

4 comments :
Status di Twitter yang dimuat naik pelakon jelita Fazura sejurus tamat program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) minggu lalu tidak dituju kepada anggota Virus, Zizan Razak, sebaliknya lebih kepada pendapat secara umum.

Sebelum itu, ramai yang mengaitkan status itu sebagai sindiran buat Zizan yang mencelah ketika Fazura memberikan komen dan ia dilihat sebagai tindakan biadap.

“Saya tak kisah pun dengan tindakan Zizan itu. Mungkin lumrah dan karakter pelawak memang begitu.

“Cuma saya terfikir, jika Zizan tidak boleh menghormati tugas saya sebagai juri dan masih melihat saya sebagai kawan-kawannya hingga tidak mahu mendengar komen, saya mungkin berasakan saya tidak layak berada di situ.

“Sekurang-kurangnya benarkan saya habiskan komen saya dulu,” katanya.

Fazura berkata, bukan mudah untuk menjadi juri serta memberikan markah kepada peserta apatah lagi yang bertanding terdiri daripada pelawak berpengalaman.

“Jadi, malam itu sebelum tidur saya memuat naik status itu selepas menerima banyak maklum balas yang menegur sikap Zizan. Saya lakukannya sebagai satu peringatan bagi sesiapapun termasuk diri saya,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro pada Selasa lalu melaporkan Zizan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan tindakannya itu.

Selain itu, Zizan juga dikecam kerana dianggap semakin sombong dan tidak sensitif ketika melakukan persembahan dalam MLM2014, Jumaat lalu.

Jenaka Zizan dan Virus dilihat seperti mempersendakan penyanyi Dayang Nurfaizah dengan penggunaan istilah hitam manis dikritik peminat yang menganggap ia keterlaluan dan tidak sensitif.

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura terus melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Selepas dua tahun mengusahakan label pakaian sendiri iaitu House of Doll, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu melancarkan pula produk pelangsingan menerusi syarikat miliknya Doll Domination Sdn Bhd.

Maklumat lanjut mengenai produk berkenaan boleh layari laman web www.dolldomination.com.my.  – HMetro

4 comments :

  1. X habis2 mamat perasan ni buat hal..itu petanda poulariti dah sampai penghujung...

    ReplyDelete
  2. X habis2 mamat perasan ni buat hal..itu petanda poulariti dah sampai penghujung...

    ReplyDelete
  3. Aku pun tak suka dengan zizan tu haha..sesekali kalah apa salahnya, tak akan nak rasa kat atas je...

    FAZURA NYANYI KALI PERTAMA

    ReplyDelete
  4. Virus mempersenda artis terkemuka Dayang Nurfaizah ditegur, dikutuk. Itu patut.
    Nabil yang kerap mempersenda golongan OKU dalam persembahannya ada terima teguran yang sama?

    ReplyDelete