Wednesday, 28 January 2015
Akhirnya Lelaki Bertanggungjawab 10 kes R0g0l Warga Emas Ditahan
Setakat ini, menurut polis, wajah suspek sepadan dengan gambaran diberikan mangsa.
Timbalan Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Nakhon Pathom, Akkaradet Pimolsri berkata, DNA suspek juga sedang diuji bagi mendapatkan padanan.
“Maklumat lanjut akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya.
Polis mula memburu seorang lelaki ganas yang sangat bernafsu terhadap wanita tua.
Dia dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 12 kes r0g0l dan dua pembunuhan.
Suspek dikatakan mula mengganas di Nakhon Pathom dan Sumut Songkhram sejak 2011.
Kali terakhir dia mengganas ialah di Nakhom Pathom pada Ahad lalu, membabitkan wanita berusia 73 tahun yang diserang ketika tidur.
Sebelum mengganas suspek didakwa memotong talian telefon di rumah itu sebelum membunuh seekor anjing.
Selain dir0g0l, mangsa juga kehilangan beberapa barang berharga dari rumahnya. – Agensi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment