Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Wednesday, 28 January 2015

Satu Pengajaran Baik Untuk Adik Ameera - Neelofa

6 comments :
Sebelum ni heboh cerita neelofa memuat naik gambarnya mencetuskan kontroversi kerana adiknya berusia 14 tahun membalas komen di akaun instagram dengan bahasa yang agak kasar disebabkan peminat membalas komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.

Neelofa menjelaskan bahawa adiknya itu masih belum matang dan baru berusia 14 tahun. Di usia itu emosi mengawal minda dan sekiranya dia mengetahui perkara ini bakal menjadi kontroversi sudah semestinya dia tidak akan sesekali memuat naik gambar itu.

“Kalau saya tahu benda ini nak terjadi sudah tentu saya takkan share. Satu gambar sahaja orang beranggapan bermacam-macam spekulasi padahal mereka tidak tahu perkara yang sebenar”

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

seorang maulana yang merupakan saudara kepada pak cik datang kepada saya beberapa kali dan menyebut “merabete! merabete!”. Dia menganggap saya seperti anaknya”

Apabila adiknya itu mencampuri perkara tersebut dia awal-awal sudah memberitahu kepadanya supaya tidak melibatkan dirinya dalam isu tersebut. Walaubagaimanapun, Lofa menjelaskan bahawa tidak adil bagi peminat untuk menyelar tindakannya tersebut kerana Ameera masih berusia 14 tahun dan tidak terlibat langsung dengan dunia seni.

“Tak adil untuk dia. Sepatutnya dia dikira sebagai orang biasa sebab dia bukan artis atau orang yang berada dalam industri dia tak terlibat langsung. Kesianlah dia baru sahaja berumur 14 tahun. Lepas itu saya ada juga bercakap dengan dia supaya perkara ini boleh menjadi pengajaran”

“Sebelum ini saya sudah bercakap juga dengan dia supaya diam sahaja dan tak payah balas balik sebab perkara ini takkan habis, Kalau melawan juga pun tak habis. Tapi dia tak dengar juga bila dah kena hentam teruk dan saya rasakan inilah yang paling teruk sekali sehingga dia tak senang duduk dan trauma. Apa-apa pun, dia belajar daripada kesalahannya,” terang Lofa.

6 comments :

  1. Tak salah nak mempertahankan akak tapi jangan la terlalu emosi

    Gambar Artis Korea Yang Cantik!

    ReplyDelete
  2. Said girl , dont be emotional about this . Normal la dalam industri .

    ReplyDelete
  3. Hahu bengong lofa..adik mu ptahankn mu bila mu d hina d maki cam taik nge ore lain..tp mu duk hentam adik mu oyk xmatang plop..mu duk back up org lain tp adik mu dipinggir..xpehe aku!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. btOl bOh...walau 4x kawe bace mende mu kecek..kawe dOk pehe sgt sbb bkn Ore klate...hehe

      Delete
  4. sabar itu separuh dari iman..bijak dalam berbicara..menjaga kata2 seperti menjaga diri..itu yg neelofa cuba ajarkan pada adiknya..supaya jgn laku kesilapan yg sama..

    ReplyDelete