Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Thursday 15 January 2015

Alyah Mengamuk Langgar Kereta Ramli MS

1 comment :
Bermula daripada kisah pernikahan di sempadan yang dirahsiakan, timbul kontroversi lain apabila Alyah memuat naik sekeping foto suaminya bersama gadis lain yang disertakan kapsyen melambangkan hati sedang terluka dan kecewa.


Akibatnya berlaku salah faham apabila ada akhbar melaporkan Alyah mengaku perempuan dalam gambar itu isteri lain Ramli MS namun kenyataan ini dinafikan semula penyanyi itu yang memberitahu, perempuan itu pengganggu rumah tangganya sejak dahulu, bukan madu!

Tak berakhir di situ, hari ini Harian Metro melaporkan Alyah telah melanggar kereta Audi milik Ramli MS sehingga remuk bahagian depan ekoran konflik antara mereka sebelum ini.


Ini komen Alyah:

“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,” 

Kejadian perlanggaran kereta berlaku di depan kediaman mereka. Dikatakan kerugian sebanyak RM 11 ribu terpaksa ditanggung Alyah dan Ramli MS untuk membaikpulih kereta yang rosak.

1 comment :

  1. Alangkn Bgus DUIT itu pergi ke madahrasah.. Dduk disana sambil bersubang.. ckp kt diorng saya nk mcari ketenagan

    ReplyDelete