Friday, 30 January 2015
Anak Sulung Awie Dakwa Rozana Misbun Menipu, Sanggup Menjadi Saksi di Mahkamah
Selain daripada itu Puteri Aleeya Antasha baru-baru ini telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media.
Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun.
Oleh demikian Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ dilakukan Rozana.
Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Istagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.
Menurut Aleeya, kenyataan Rozana (seperti yang dipetik dari sebuah portal hiburan), boleh dianggap mengarut kerana ia adalah pembohongan semata-mata.
Antara yang didakwa Aleeya ialah, selama ini ayah dan ibu saudaranya yang akan memastikan dia dan adik-adiknya tidur mengikut waktu, termasuk memastikan alat-alat atau barang barang persekolahan semuanya lengkap.
Aleeya berkata, dia sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya perlu kerana ayahnya tidak bersalah seperti yang ‘dicanang’ Rozana.
Di bawah Astro Gempak kongsikan status yang ditulis Aleeya di FBnya beberapa hari lalu:
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment