Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Saturday, 17 January 2015

Bersiar di tasik naik sampan kertas

No comments :
LONDON – Sepasukan jurutera di Britain mencipta sebuah sampan diperbuat daripada kertas yang boleh dinaiki oleh seorang manusia selama dua jam.

Sampan seberat sekitar 100 kilogram itu dihasilkan daripada segulung kertas khas sepanjang 93 meter yang dicantumkan dengan menggunakan 10 liter gam dan 150 meter pita pelekat.

Sampan berkenaan kemudiannya digunakan untuk bersiar-siar di sebuah tasik di selatan bandar raya ini. Sampan unik itu terapung selama dua jam sebelum tenggelam.



Seorang jurutera, Morwenna Wilson berkata, dia dan rakan-rakannya menggunakan kertas yang lebih kuat dan lebih kalis air untuk memastikan sampan itu mampu kekal lama dalam air.

“Kami membina sampan ini kerana mahu menarik minat kanak-kanak mengenai sains dan memberi inspirasi kepada mereka,” katanya.

Ujarnya, sampan itu juga merupakan salah satu promosi untuk acara tahunan Bing Bang Fair yang mempromosi kerjaya dalam bidang sains, teknologi dan matematik. – Agensi

No comments :

Post a Comment