Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Thursday 22 January 2015

Edry Buat Drama Caliph Busker Untuk Raih Simpati - Aweera

14 comments :
PETALING JAYA: Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

Ini kata Aweera:

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," ujarnya kepada mStar Online.

Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

Vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat menyampaikan lagu Romancinta pada malam itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan

 mStar Online

14 comments :

  1. Bukan main drama...edry nk buktikan yang oku pn boleh lakukan mcm mana org normal lakukan...ini bermakna tanpa aweera oku pn boleh nyanyi lagu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. edry dh trdesak nak cri pengganti yg boley bwak lagu tu...sbb die tau vokalis baru mojo x dpt nak bwak sbb lagu ni nada tgi...n azmi pon dh biasa cover lagu tu...sbb tu mudah jer die nyanyi...

      Delete
    2. wow...statement bijak....edry yg lama dalam industri pun boley terdesak sbb mojo? dia ada syarikat sendiri boley terdesak sebab band yg dia suka2 je buat cmtu?

      Delete
  2. sama2 patut terima pujian...bagai aur dgn tebing...buang yg keruh ambil yg jernih....

    ReplyDelete
  3. edry nk bgtau, jgn igt ko sorg je bole nyanyi lagu tu. oku pon bole la, jgn nk belagak sgt. meraih simpati jadah nyer.

    ReplyDelete
  4. balik rumah jaga anak bini agi bagus..aq org dlm kru pun x bising2.

    ReplyDelete
  5. Jangan propa lah aweera.. aku duduk dua baris blakang kau.. mase mojo dpt standing applause satu stadium, ko dan kuncu2 kau je yg duduk malu.. malah semua artis laen berdiri utk memberi sokongan.. lepas mojo diumumkan persembahan terbaik, kau terus meninggalkan stadium and balik.. bukan pergi ke belakang pentas.. fake!

    ReplyDelete
  6. Aweera terasa rugi kot....Edry punya lagu dan syarikat dia sendiri ikut suka dia lah nak bagi sapa nyanyi... sekurang kurangnya edry dapat menonjolkan kebolehan dan bakat orang orang OKU ini... Tahniah Edry dan Caliph Busker...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete