Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Sunday 11 January 2015

Gambar Bieber Rupanya Diedit Supaya Nampak Berotot

1 comment :
INILAH yang dikatakan sebagai kuasa teknologi. Hanya dihujung jari, hampir kesemua perkara dapat direalisasikan walaupun realitinya, ia tidak seperti yang dilihat.

Baru-baru ini pengguna disogokkan dengan gambar penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber yang beraksi selaku wajah terbaharu model seluar dalam jenama terkenal, Calvin Klien.

Kalau dilihat melalui mata kasar, Bieber kelihatan sangat maskulin dan imej kebudak-budakan yang dibawanya terhakis sama sekali.

Mana taknya, dalam penggambaran tersebut dia tampil tanpa baju, hanya berseluar dalam sambil mempamerkan otot-otot tubuh yang kononnya diperoleh menerusi latihan gym dan makanan tambahan.



Namun sayangnya wahai para peminat Bieber, anda harus berpijak di bumi yang nyata kerana semua itu didakwa hanya indah khabar dari rupa.

Banyak laman blog hiburan antarabangsa kini, mula menyebarkan sekeping gambar Bieber ketika sesi penggambaran sebelum ia diedit, dipercayai disebarkan satu sumber dalaman yang tidak dikenali.

Dalam gambar tersebut, Bieber kelihatan tidak sebesar yang dipotretkan, malah otot-ototnya tidaklah terlalu menonjol. Malah, ramai juga yang mempertikaikan bahagian sulit Bieber yang juga dikatakan diedit saiznya!

Perkongsian gambar tersebut di laman sosial mengundang kritikan hebat terhadap Bieber dan  jenama Calvin Klien kerana sanggup memanipulasi gambar yang menipu peminat untuk tujuan promosi.

Begitu pun ada juga yang mendakwa, gambar Bieber yang kononnya asli itulah sebenarnya imej yang telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan pelantun lagu Baby itu.

Tak pasti dakwaan mana satu yang betul, namun kalau benarlah Bieber tidak seperti yang digambarkan, mungkin peminat Bieber terutama kaum wanita tidak lagi memandang gambar aksi Bieber iklan seluar dalam tersebut dengan pandangan yang ‘sama’

1 comment :

  1. Oh please. Gambar model mana la yg tak pernah diedit! =.=

    ReplyDelete