Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Sunday 11 January 2015

Teka Teki Terjawab, Alyah Dedah Ramli MS Punyai Isteri Lain

No comments :
SETELAH bagai berteka-teki dengan pengikut Instagram dengan memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS bersama gadis lain, akhirnya Datin Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan merungkai jawapan sebenar.




Memetik kenyataannya di portal Berita Harian online, Alyah mendedahkan Ramli telahpun menikahi seorang gadis, Siti Hafilah Che Kar, dalam diam-diam tanpa pengetahuannya.

Komen Alyah

“Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumahtangga saya. Saya hidu cerita ini lama tapi baru sahaja dapat bukti bergambar.

“Saya reda dengan apa sahaja yang bakal terjadi. Lepas satu dugaan demi satu dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

Sebelum ini wanita itu pernah bercakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti.”

Kata Alyah, sepanjang usia perkahwinan mereka, suaminya menegah untuk mereka bergambar berdua apatah lagi memuatnaik di laman Instagram.

“Umpama saya ini tiada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tak. Saya terima apa sahaja dugaan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur.”

No comments :

Post a Comment