Sunday, 11 January 2015
Isu Gadis Bertudung Dipeluk Artis Kpop, KJ Sindir ‘Taste’ Remaja Kini
Mana taknya, walaupun litup bertudung, namun mereka seperti tidak kisah dipeluk, dipegang tangan, malah dikucup dahi hanya kerana teruja bertemu artis idola.
Kontroversi dipercayai berlaku semalam ketika sesi bertemu peminat kumpulan itu, selepas gambar dan video merakamkan kejadian tersebar di laman sosial dan blog.
Rupa-rupanya, kehangatan isu ini turut mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Sebagai respon Khairy mengulas perkara ini di Twitter peribadinya, “Banyak dikatakan tentang Kpop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark dan handsome, bukan pale, skinny dan pretty. Itu bukan lelaki sejati.”
Sekali baca, nada ayat tersebut mudah ditafsirkan sebagai gurauan, namun sebenarnya ia penuh dengan sindiran tajam buat penggemar artis dari Korea.
Selain itu, gurauan lelaki tall, dark and handsome tu cam merujuk pada diri sendiri je kan.. sempoi betul YB menteri sorang ni!
Fikir-fikir balik, memanglah taste seseorang itu berbeza, tapi janganlah sampai perlu menggadai maruah dan merelakan diri dipegang, dipeluk dan dicium lelaki bukan muhrim sesuka hati.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Ini isue bukan salah kerajaan. Ini salah ibu bapa yang tidak ada waktu pada anak anak ini. Jadi please salahkan ibu bapa mrk dan mrk. Bukan salah kerajaan. Ye. Wassalam.
ReplyDelete