Sunday, 11 January 2015
Almy Diganggu Makhlus Halus Ketika Berseorangan Di Rumah
Menurut Almy, kejadian menakutkan itu berlaku pada satu malam ketika dia tinggal berseorangan di rumah di mana dia telah ditegur oleh satu makhluk halus yang boleh dikatakan menyerupai pontianak semasa berada di biliknya.
“Saya berseorangan di rumah ketika itu, maklumkan rumah kami di tepi lebuhraya. Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap sahaja.
“Kemudian saya mengalami bintik-bintik merah di bahagian tangan dan bila pergi ke klinik serta hospital mereka kata saya alahan. Apabila pak cik saya datang ke rumah, dia beritahu yang saya ‘ditegur’ oleh makhluk tersebut dan barulah kami menyedarinya,” katanya memetik portal Rotikaya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Almy kini semakin memperlahankan karier seninya demi memberi tumpuan terhadap kehamilan sulungnya dan akan mula kembali aktif berlakon selepas melahirkan cahaya matanya itu nanti.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment