Sunday, 11 January 2015
Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
Masihkan anda ingat pada penghujung tahun 2013 iaitu bulan Disember 2013, di mana Allah telah turunkan musibah merupakan banjir besar di seluruh Pantai Timur termasuk Johor dan sebulan selepas itu, kita pula dikejutkan dengan cuaca yang sejuk yang melampau di kawasan – kawasan di Perlis, Terengganu dan Kelantan yang mencatatkan cuaca yang begitu sejuk tidak seperti kebiasaannya. Begitu juga dengan negara Arab, sehinggakan turun salji seperti yang diberitakan berlaku di Yaman, Syria, Mesir,Saudi dan lain-lain yang menghadapi cuaca yang sejuk sehingga turunnya salji. Tidak lama selepas itu, musim kemarau atau musim panas melampau yang berpanjangan berlaku sehinggakan kita diseru untuk membuat Solat Istiqsa’ untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan yang tidak pernah dilakukan oleh kita sebelum ini. Selepas itu, musim bunga yang cantik pula berlaku terutama di negeri Kedah.
Tanpa disedari sebulan demi sebulan demi sebulan perubahan cuaca berlaku secara mendadak dan ianya merupakan peringatan demi peringatan yang telah Allah SWT berikan. Namun kita tidak sedar apa sebenarnya yang berlaku kepada bumi kita.
Jika dikaji semula dalam kitab-kitab tentang apa sebenarnya perkaitan antara cuaca yang panas melampau dengan akhir zaman, akhirnya kita akan temui ianya terkait dengan turunnya Dajjal.. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan iaitu 3 tahun sebelum kemuculan dajjal, Allah akan sekat langit dari turunnya 1/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi untuk matikan 1/3 daripada tumbuh-tumbuhan. Jika kita perasan semasa lebih kurang sebulan lebih musim panas yang berlaku, apa yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan? Kebanyakan rumput telah menjadi kuning, di kiri dan kanan lebuhraya kelihatan banyak pokok sudah terbakar. Begitu juga dengan empangan-empangan, kebanyakkan empangan sudah kering, seperti di Selangor empangan telah menjadi surut tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan tahun yang dahsyat kekeringannya sehingakan kita diarahkan untuk membuat Solat Istiqsa’ yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
Tahun kedua Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 2/3 hujan dan 2/3 dari tumbuh-tumbuhan di bumi akan dimatikan. Tahun ketiga Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 3/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi mematikan 3/3 seluruh tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang berkuku, binatang- binatang bergraham semua akan dimatikan Allah SWT. Bayangkan bagaimana waktu ketika itu? hujan tak turun sekian lamanya menyebabkan padi tidak boleh tumbuh, elektrik juga tidak dapat berfungsi kerana sumber utama elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem hidroelektrik adalah daripada air di empangan-empangan yang menghasilkan kuasa elektrik.
Disebabkan tidak turun hujan kita akan mengalami pelbagai masalah, masalah elektrik, masalah pekerjaan dan pelbagai lagi dan kita akan menghadai saat yang sukar pada ketika itu, masalah kebuluran berleluasa dan sebagainya.. Dan ketika saat sukar begitulah Dajjal akan turun. Ujian paling besar, fitnah paling besar kan berlaku di masa tu.
Tiupan Sangkakala
Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan bunyi-bunyi dilangit yang mengerunkan di seluruh dunia termasuk yang paling dengan kita adalah di Bintulu. Saintis tidak dapat kesan bunyi itu datang dari mana. Cukup menakutkan, bunyi terlalu kuat sehingga bergegar cermin. Jika kita rujuk kepada kitab yang ditulis oleh Ibnu Katsir tentang tanda kiamat bab sangkakala, kita akan mengetahui bahawa tiupan sangkakala akan ditiup sebanyak 3 kali iaitu tiupan pertama merupakan tiupan Nafkhatul faza’ iaitu tiupan yang mengerunkan dan menakutkan kepada siapa yang mendengarnya. Tiupan kedua adalah tiupan kiamat dan tiupan kedua adalah tiupan menghidupkan semula.
Tanda demi tanda dah ditunjukkan Allah SWT, namun ramai lagi yang tidak sedar, fitnah akhir zaman sudah semakin hampir, ujian Dajjal merupakan ujian yang paling besar sehinggakan Para Sahabat cukup takut berada di zaman kemunculan Dajjal, semoga kita dijauhkan dari zaman kemunculan Dajjal. Dajjal akan muncul apabila mimbar-mimbar ,khutbah tidak lagi membicarakan tentang Dajjal.
Oleh itu, kita diminta untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Kahfi iaitu 10 ayat awal dan 2 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, banyakkan berdoa kepada agar dijauhkan dari fitnah Dajjal dan dekatkan diri dengan majlis ilmu.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment