Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Saturday 17 January 2015

Kuala Krai Mengalami Sejuk Luar Biasa

No comments :
Fenomena ini dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.
Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.



“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Antara kawasan yang merekodkan suhu terendah ketika itu ialah Kuala Krai, Kelantan iaitu 17.2 darjah Celsius. Jadi, kebarangkalian suhu rendah luar biasa ini berulang di beberapa tempat di Malaysia adalah sangat tinggi memandangkan musim sejuk masih berlangsung di Hemisfera Utara.





“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika  bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.

No comments :

Post a Comment