Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Saturday 17 January 2015

Buku Tahun 5 Ajar Raba-Raba Punggung

1 comment :
sumber Suara Rakyat
NAMPAKNYA buku pelajaran budak-budak sekarang semakin pelik dan mengejutkan.

Tempoh hari heboh perihal kontroversi buku yang memaparkan hubungan transeksual dalam ‘Keluarga Harmoni’.

Kali ini kecoh pulak kes sebuah buku pelajaran khusus buat murid tahun lima  yang mengandungi petikan ‘diraba bahagian punggung oleh rakannya’.

kita yang mendengarnya pun rasa pelik dan lain macam.

Biar betul pelajaran sebegini perlu dididik kepada budak-budak yang baru berusia 11 tahun?

Dalam situasi hidup antara tradisi dan kesopanan ilmu, pelajar perlu diberi didikan tentang realiti kehidupan. Realiti yg sangat menakutkan,menyeramkan dan mengerikan. realiti yg berlaku di sekeliling kita setiap detik.

Oleh demikian perkara realiti yg mampu disampaikan melalui pendidikan yg lebih sopan dan berhemah. Didikan ilmu dan peradaban yg perlu diisi dalam hati,jiwa dan minda anak-anak sebelum mereka dicemar ... melalui Al Quran dan hadis serta ilmu agama yg sahih

Di usia kanak-kanak wajar diberi didikan agama (akhlak)/moral. Maksudnya nilai-nilai murni contoh pembentukkan sikap. Sains sosial kurang sesuai lagi kerana usia kanak-kanak belum lagi bersedia atau mampu menerima keadaan sosial yg lebih luas.

Apapun, hal ni perlu dibincangkan scara kolektif. Tetapi sunnah telah pun memberi tunjuk ajar dalam hal ni,

Jika difikirkan sebenarnya kes meraba punggung adalah isu yang sensitif di mana ianya boleh mencetuskan kes-kes yang melibatkan  pencabulan seksual.

Bayangkan jika kanak-kanak  lelaki khususnya mencuba perkara yang diajar ini kepada budak-budak perempuan?

Bagaimanapun, sebenarnya kita sendiri tidak bolehlah menghukum tanpa menyiasat hal sebenar.


Mungkin pihak penerbitan ada tujuan atau motif yang tertentu untuk disampaikan dalam buku pelajaran ini.

1 comment :

  1. ternampak tulisan kat bawah "ceritakan pengalaman menangan.." yang pada saya mungkin pelajar di ajar cara menangani situasi seperti di atas...

    ReplyDelete