Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Monday 12 January 2015

Kunjungi Zoo dengan pelawat dimasukkan dalam sangkar

1 comment :
BEIJING - Kebiasaannya apabila berkunjung ke Zoo, kita hanya dapat melihat haiwan-haiwan buas dari jauh dalam sangkar sahaja. Tetapi berlainan di Zoo Hidupan Liar Lehe Ledu yang terletak di bandar Chongqing, China, memberikan satu pengalaman yang unik kepada pengunjungnya.

Pengunjung zoo dapat merasai pengalaman yang unik, bersiar-siar di taman zoo yang dikelilingi hidupan liar secara dekat.

Pengalaman yang mendebarkan itu membolehkan para pengunjung melihat hidupan liar dalam jarak yang sangat dekat dengan menaiki sebuah trak yang dipasang dengan kurungan besi seperti sangkar.


Kelainan itu membuatkan ramai pengunjung yang tertarik apabila tiket untuk memasuki zoo itu habis dijual untuk tempoh tiga bulan akan datang.

Walaupun hanya membayar tiket untuk berada di dalam kurungan, pengalaman itu memberikan suatu kelainan kepada pengunjung. Lebih menariknya, ketulan daging mentah turut digantung diluar trak untuk menarik perhatian binatang di zoo mendekati pengunjung.

“Kami mahu pengunjung ke zoo ini seronok apabila ‘disapa’ hidupan liar. Walaupun berada dalam kurungan, pengunjung berpeluang mendekati binatang buas dan semestinya tidak memberi risiko kepada mereka,” ujar jurucakap Zoo, Chan Liang.

Bagaimanapun, pengunjung diberikan amaran agar tidak mengeluarkan tangan sepanjang lawatan.

1 comment :