Sunday, 25 January 2015
Reaksi Shila Amzah Terhadap Tweet Sharnaaz Tidak Matang?
Pasti ramai yang tahu lagu tersebut mempunyai makna yang cukup mendalam kerana ia ditulis selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kerana pelbagai masalah yang pernah timbul sebelum itu.
Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram, Shila telah memuatnaik video nyanyian lagu tersebut dengan lirik yang ditukar seolah-olah membalas tweet yang disampaikan oleh Sharnaaz itu.
Ia berbunyi:
“Ku dah temui bahagia,
Walaupun engkau tidak bersama,
Dan aku takkan ada sampai bila-bila,
Dari jauh engkau tidak ku cinta.”
Pada hemat kami, penyanyi itu mahu memberi mesej bahawa dia sudah move on dalam kisah cintanya itu.
Namun sebaliknya, tindakannya itu seolah-olah memperlihatkan dia sebenarnya masih ‘kecewa’ dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini.
Menerusi Melodi TV3 hari ini, Sharnaaz itu memberitahu tweet itu merupakan ucapan ikhlas daripada seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini.
“Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia,” katanya.
Hmm, sudah-sudahlah tu Shila..
Cubalah positif kerana apa yang berlaku sebelum ini telah memberikan hikmah yang begitu besar sehingga mampu melonjakkan nama anda hingga ke peringkat antarabangsa, tak gitu?
Sumber mynewshub.cc
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
shila hamzah meroyannn lebihh nii..
ReplyDeletexpelah lagi pon dia nk wish je,, apa salahnya...bukan kata benda xelok pon... sape sebenarnya xmatang ni...haih....udah udah ler tu.. jgn dh popular berlagak pulakkkk
ReplyDeletetindakan yg bijak shila...pergi jahanam sama sharnaz tu
ReplyDeletegagap sungguh
Deletebiar lah sharnaaz ahmad tu tegur dia daripada tak tegur..kan
ReplyDeletekebetulan kot.. btw I love Shila <3 ^^
ReplyDeleteBiarkn la apa owg nk kata kak shila.. mcm la dowg xpnh putus cinta.. hahaha
ReplyDelete