Monday, 12 January 2015
Saya Masih Cintakan Emma Maembong - Zizan Razak
Itu kata pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak selepas kekasihnya Emma Maembong memberitahu Harian Metro kelmarin hubungan cinta mereka sudah berakhir.
Cinta Zizan Razak Dan Emma Maembong
Zizan atau Mohd Razizan Abd Razak, 31, yang menghubungi Harian Metro semalam berkata, dia tidak akan berputus asa menawan semula hati Emma yang difahamkan sudah tawar hati dengannya kerana bersikap boros.
“Saya tak pernah bersetuju dengan apa yang dia buat (keputusan memutuskan hubungan).
Saya mahu terus memujuk. Itulah pendirian saya sekarang. Saya akan terus memohon maaf kepada dia atas apa saja salah saya.
“Biasalah perempuan, dia tengah marah memang cakap macam-macam, tapi saya masih sayang dan cintakan dia. ” katanya.
Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail, 23, sebelum ini memberitahu Harian Metro hubungannya dengan Zizan sudah berakhir, sekali gus mengesahkan khabar angin yang bertiup kencang kebelakangan ini.
Namun, pelakon siri Projek Memikat Suami itu enggan bercerita lanjut dan menyifatkan keretakan hubungan itu sebagai ketentuan takdir dan tiada jodoh antara mereka.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment