Tuesday, 20 January 2015
Tunggu Saya Ye Abang - Aril Pilus
Hiba dan Sedih kami mendengar luahan hati penyanyi dan DJ radio, Aril Pilus atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus terhadap arwah abangnya, Izwan Pilus.
Allahyarham Izwan Pilus yang juga merupakan penyanyi terkenal Malaysia suatu ketika dahulu telah genap kembali ke rahmatullah tiga tahun lalu.
Izwan yang cukup popular menerusi lagu Kembali Senyum masih lagi diingati kerana kelunakan suaranya.
Berita allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah ditangisi seluruh peminat hiburan.
Aril yang memuat naik status luahan itu mencuri tumpuan peminat yang rata-rata turut simpati dan terharu atas kehilangan abangnya itu.
“Takkan lupa pesan kau. I Love You, Abang Wan. Saya rindu nak peluk kau… nak cium kau.
“Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman abang. Saya janji takkan sia-siakan mak dan ayah. I Love You sekali lagi Abang Wan. Tunggu saya ye abang… ,” kata Aril seperti di laman Instagramnya.
Kita doakan moga Izwan Pilus ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment