Friday 16 January 2015
Shila Amzah Tarik Diri Dari ABPBH Kerana Diboikot Media
Perkara itu dimaklumkan Shila ketika sesi temubual bersama stesen radio Hot fm pada Jumaat, dan turut dimuatnaik ke akaun Instagramnya dengan kapsyen:
“Shila Amzah Entertainment Berhad, have decided not to take part on this year’s Anugerah bintang popular berita harian due to the conflicts with SOME of the media :) #shilalas #wearestillunited”
(“Shila Amzah Entertainment Berhad tidak akan mengambil bahagian dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian berikutan konflik dengan media TERTENTU”)
Bagi kami, ada kewajaran di sebalik keputusan Shila itu kerana kontroversi yang berlaku sebelum ini bukan sesuatu yang boleh dianggap ringan.
Tindakan beliau itu mendapat sokongan para peminat yang rata-ratanya melabelkan media melayu terlalu cerewet dan manja sehingga mahu dibelai bagaikan raja. Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan lebih baik Shila tarik diri daripada merangkul anugerah sendu yang tidak mendatangkan faedah.
Shila menyatakan juga bahawa: "semua telah bertindak memboikot saya. Jadi, Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd membuat keputusan untuk tidak menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada kali ini".
Malam kemuncak ABPBH2014 yang bertemakan cinta bakal kembali menggegar Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands, dan akan disiarkan secara langsung pada hari Ahad, 5 April 2015.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ade aku kisah.....
ReplyDeleteAku ingatkan ajl tadi.. Hehe
ReplyDelete