Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi artis gosip Artikel Berita Isu terkini Semasa Video dan info Menarik

Friday 16 January 2015

Shila Amzah Tarik Diri Dari ABPBH Kerana Diboikot Media

2 comments :
Shila Amzah melalui temubual di Hot FM semalam telah mengumumkan bahawa beliau menarik diri dalam persaingan ABPBH kali ini kerana berlaku konflik dengan beberapa pihak media.

Perkara itu dimaklumkan Shila ketika sesi temubual bersama stesen radio Hot fm pada Jumaat, dan turut dimuatnaik ke akaun Instagramnya dengan kapsyen:

“Shila Amzah Entertainment Berhad, have decided not to take part on this year’s Anugerah bintang popular berita harian due to the conflicts with SOME of the media :) #shilalas #wearestillunited”

(“Shila Amzah Entertainment Berhad tidak akan mengambil bahagian dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian berikutan konflik dengan media TERTENTU”)



Untuk makluman semua, ABPBH 2014 akan berlangsung pada 5 April nanti di Arena of Stars, Genting Highlands.

Bagi kami, ada kewajaran di sebalik keputusan Shila itu kerana kontroversi yang berlaku sebelum ini bukan sesuatu yang boleh dianggap ringan.

Tindakan beliau itu mendapat sokongan para peminat yang rata-ratanya melabelkan media melayu terlalu cerewet dan manja sehingga mahu dibelai bagaikan raja. Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan lebih baik Shila tarik diri daripada merangkul anugerah sendu yang tidak mendatangkan faedah.

Shila menyatakan juga bahawa: "semua telah bertindak  memboikot saya. Jadi, Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd membuat keputusan untuk tidak menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada kali ini".

Malam kemuncak ABPBH2014  yang bertemakan cinta bakal kembali menggegar Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands, dan akan disiarkan secara langsung pada hari Ahad, 5 April 2015. 

2 comments :